PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (DALAM BULATAN) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam. |
Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.
PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (dlm bulatan) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam.
Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang menyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.
“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.
“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,”
Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.
Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.
“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,”
mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.
Bagaimanapun katanya, satu upacara ‘ngampun’ mengikut adat lama masyarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi meminta maaf kepada makhluk halus itu.
Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam,
Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.
Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit. jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.
Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.
Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.
Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.
0 comments:
Post a Comment