Wednesday, January 18, 2012

PEMIMPIN BUKAN ISLAM MENGHENTAM PELIWAT TEGAR.



Ramai kalangan ahli politik terus menerus mengkritik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai keperluan menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. 

Mereka berkata kenyataan sedemikian menggambarkan sikap tidak sensitif dan menimbulkan perdebatan yang tidak perlu. Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata ia adalah satu kenyataan bahawa undang-undang perlu disemak semula dari semasa ke semasa bagi menggambarkan nilai sesebuah masyarakat kerana undang-undang bukan merupakan satu perkara yang statik.

"Bagaimanapun, jika anda sentuh mengenai perkara seksual, anda perlu ingat bahawa masyarakat Malaysia bukan 'progresif' dan pada asasnya mereka masih konservatif. Oleh itu, komennya telah menimbulkan pertikaian dan perbalahan yang tidak wajar. Ia perlu berkembang dengan sendiri," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow percaya apa jua undang-undang yang perlu disemak semula, ia perlu menggambarkan nilai-nilai sesebuah masyarakat dengan mengambil kira nilai kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

Setiausaha Agung MIC S Murugesan ketika dihubungi menjelaskan bahawa kebanyakan peguam percaya bahawa undang-undang lapuk perlu disemak semula dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, beliau berkata maklum balas orang ramai perlu diambil sebelum sebarang usaha dibuat untuk meminda undang-undang sedia ada.

"Bukan itu sahaja, anda tidak patut meminda sesuatu hanya semata-mata kerana ia tidak menyenangkan kepada sesetengah orang. Sebagai seorang peguam, anda akan berkata semak semula undang-undang lapuk tetapi sekali lagi, Malaysia merupakan sebuah negara dengan majoritinya orang Islam dan ada penduduk lain dengan perbezaan kepercayaan agama. "Oleh itu, kita perlu mengambil kira semua ini sebelum kita mahu mengeluarkan kenyataan mengenai keperluan untuk menyemak semula mana-mana undang yang lapuk," kata Murugesan. -- BERNAMA

ARAB: kenyataan peliwat tegar ini, adakah nak kata UMNO bayar BBC, ??????, 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails