Saturday, January 21, 2012

AIR MANI LELAKI Y SIAPA....??????

Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan air mani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful? 

Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci dan bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori? 

Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar? 

dengan keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim rakyat nampaknya mengalu alukan  rayuan tersebut.

Keputusan itu sudah tentu melegakan rakyat biasa seperti kita semua. Rakyat biasa terdiri mereka yang tidak mempunyai jawatan besar, wang, pengaruh dan sokongan politik seperti Anwar Ibrahim. 

Dengan keputusan Peguam Negara itu, rakyat akan berasa diri mereka terbela walau pun hanya orang biasa seperti Saiful Bukhari. Walaubagaimana pun, kenyataan terbaru Sankara Nair, peguambela Anwar Ibrahim yang mempertikai keputusan Peguam Negara jelas menunjukkan double standard dan hanya mementingkan pihak mereka sahaja. 

Padahal, Karpal Singh sendiri pernah menyatakan bahawa peguambela Anwar Ibrahim akan menggunakan kesemua modaliti di dalam perundangan negara untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. 

Jika peguambela Anwar Ibrahim boleh berbuat demikian dan tidak dipertikaikan oleh pihak pendakwa, maka Sankara Nair juga sepatutnya menghormati keputusan terbaru. Dan Sankara Nair juga patut menghormati hak Saiful Bukhari sebagai warganegara Malaysia. 

Selain daripada itu, kenapa Sankara Nair perlu takut dengan kes itu dirayu jika begitu yakin dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi? 

Jangan pertikaikan hak Saiful Bukhari! 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails