Sunday, January 8, 2012

KENYATAAN RASMI HASSAN ALI, EXCO AGAMA ISLAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR SETELAH DI PECAT DARI PAS.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta. 

Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa. 

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil. 

Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini. 

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali 
ADUN Gombak Setia

2 comments:

Anonymous said...

tak payahlah bersedih dr. hasan, lakukan sahaja sujud syukur kerana allah telah membebaskan anda dari puak asobiyah sejati yang mana mereka mempertahankan kebatilan sekiranya kebatilan itu puak mereka lakukan. banyak lagi wadah atau cara untuk memperjuangkan islam. bersyukurlah kerana anda telah diselamatkan olih allah dan anda akan mendapat jalan baru yang selamat. sebenarnya apabila satu pintu ditutup satu pintu lagi terbuka, itulah peribahasa inggeris yang amat bermakna jika difahami maksudnya dengan mendalam.

Joeyhady hady ismail said...

setuju sangat dengan komen saudara...

terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Related Posts with Thumbnails