Monday, January 2, 2012

YOU WANT TO PLAY DIRTY GAME...LETS PLAY

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, polis mempunyai bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu. 

Pihaknya sedang menubuhkan pasukan khas dalam memantau dan menyiasat beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam. 

“Semasa perhimpunan haram itu, ditempatkan beberapa jurugambar dan jururakam polis bagi merakamkan semua kejadian yang berlaku untuk dijadikan bukti bahawa polis tidak menggunakan kekerasan atau mencederakan mana-mana penuntut. 

“Justeru itu, pasukan khas telah saya arahkan untuk membuat satu penelitian bagi mengesahkan tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar sama sekali”. 

Tambahnya lagi, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut dibuktikan palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan fitnah kepada pasukan keselamatan tidak berulang. 

KOMEN ARAB: jangan main main dengan pihak polis, u ada camera, kami pun ada ,,,u ada video camera, kami pun ada, u ada blog, kami pun ada, CHECK MATE N GAME OVER. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails