Banyak pihak yang terkejut dengan keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu daripada tuduhan meliwat. Anwar sendiri pun terkejut. Namun, seperti dijangka, beliau menerima keputusan ini dengan membuat pelbagai tuduhan lagi terhadap mahkamah dan kerajaan.Kononnya, keputusan ini dibuat kerana mahkamah takut menjatuhkan hukuman dan sistem kehakiman dipolitikkan. Dia juga cuba mengaitkan Umno dan Barisan Nasional, padahal kesnya adalah hal peribadi antara beliau dengan bekas pembantunya, bukan dengan kerajaan.
Sikap manipulatif Anwar seperti ini mengingatkan saya kepada peristiwa 20 tahun lalu ketika beliau mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba. Anwar mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan beliau mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Ramai wartawan dan pemimpin Umno yang hadir tapi mereka sebenarnya ditipu.Ahli Majlis Tertinggi Umno dan wartawan telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat khas, bukannya untuk menghadiri sidang media Anwar.
Cebisan ini dikisahkan Tan Sri Mohamed Rahmat dalam bukunya yang diterbitkan tiga tahun lalu.Oleh kerana sidang media itu diadakan di Ibu Pejabat Umno, ramai menyangka Tok Mat yang urus kerana ketika itu dia berjawatan Setiausaha Agung Umno (1988-1996). Rupa-rupanya ia manipulasi Anwar dengan Setiausaha Kerja Umno ketika itu, yang tidak memberitahu Tok Mat.Ramai ahli MKT marah dan tidak selesa (termasuk Tok Mat sendiri) apabila menyedari mereka kena duduk sebaris atau berdiri di belakang Anwar sewaktu dia membuat pengumuman itu.
Ghafar menarik diri daripada bertanding kerana mendapat hanya tujuh pencalonan, manakala Anwar memperoleh 143 pencalonan daripada 151 bahagian Umno yang bermesyuarat. (Umno mempunyai 153 bahagian waktu itu). Akhirnya, Anwar naik menjadi Timbalan Presiden Umno, dan Timbalan Perdana Menteri pada 1993.
Menurut Tok Mat lagi, beliau sedar Anwar mula berkempen secara halus sejak itu untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. “Masa itu saya lihat Anwar sudah semakin yakin yang beliau akan menjadi PM dalam masa terdekat… Dalam kesibukan Dr Mahathir mengembangkan usaha pembangunan ekonomi, Anwar pula sibuk berkempen.Apa pula muslihatnya jika bukan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin nombor satu tidak patut lagi memimpin negara.
Pada masa sama, Anwar mula menguasai media massa. Beliau meletakkan ketua-ketua media daripada kalangan penyokongnya.” (hal 140-141)Pengamatan veteran Umno ini menjawab persoalan siapa sebenarnya konspirator No. 1 negara yang memanipulasi media massa dan sanggup berkempen memburuk-burukkan pemimpin dan negara sendiri di luar negara atas kepentingan peribadi, semata-mata mahu menjadi PM. Sampai hari ini, apa yang disebut Tok Mat mengenai Anwar masih benar dan relevan.
Menurut bekas Menteri Penerangan (1978-82, 1987-99) ini, reformasi atau revolusi bukanlah mengenai cita-cita besar seseorang individu. Perubahan tak boleh dicapai dengan bercakap atau berslogan sahaja, malah mesti diikuti dengan pelaksanaan projek dan program yang benar-benar menghayati cita-cita dan memenuhi harapan rakyat.
Beliau yakin Gagasan 1Malaysia mampu menyatupadukan rakyat Malaysia bagaikan satu keluarga besar; setiap warganegara mempunyai peranan masing-masing memajukan negara tanpa mengira kaum dan agama.Sebagai pemikir dan pelaksana beberapa kempen nasional yang berjaya seperti Setia, Semarak dan Mesra pada dekad 1980an dan 1990an, Tok Mat percaya 1Malaysia juga boleh menguatkan negara kerana dapat mentransformasikan pemikiran rakyat Malaysia sebagai "we are one".
Walaupun bukunya bertajuk “Umno: Akhir Sebuah Impian” (The Malaysian Insider, Petaling Jaya, 2009), ia bukan ramalan kejatuhan Umno, tetapi peringatan untuk semua ahli Umno agar setia kepada parti dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilihatnya sebagai mewarisi kepimpinan dan keupayaan bapanya.Tok Mat menyarankan pemimpin Umno kembali kepada orang Melayu dan rakyat, cermin diri sendiri dan jangan lupa sumbangan orang Melayu yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.
Menurutnya, pemimpin kena bersikap terbuka dan mendengar pandangan akar umbi.“Kita sebagai bapa harus bersedia mendengar pandangan isteri dan anak-anak. Jangan takut berdepan dengan orang yang kita sudah berikrar untuk membantu dan menjaga kepentingan mereka. Tidak ada lebih teruk daripada pemimpin yang takut kepada rakyatnya sendiri.” (hal 166).
Katanya, Umno telah berubah dari parti kampung kepada parti nasional yang menjaga kepentingan semua rakyat. Perjuangan parti mestilah mengikut kehendak dan keperluan rakyat. Rakyat mesti puas hati dengan apa dilakukan untuk mereka.Inilah formula asas yang sentiasa memenangi hati rakyat. Formula inilah memastikan sokongan rakyat kepada BN sejak enam dekad lalu.
Arab nak komen: bapak segala rasuah politik bukan kah peliwat tegar ketika itu, bapak konspirator ketika itu juga datng dari peliwat tegar, sebenarnya dia takut pada bayang nya sendiri, kerna dia pernah buat benda benda kotor ini semasa menjadi orang no 2 negara. Sebab itu dia ingat orang lain pun akan buat benda yang sama bila dah berkuasa. Telahan dia ternyata merosot kerana pemimpin2 umno sekarang dan terdahulu tidak sehebat dia yang sanggup buat apa saja demi agenda peribadi yakni mahu menjadi perdana menteri.
0 comments:
Post a Comment