Tuesday, January 31, 2012

MESTI BACA: KENAPA ALLAH LANTIK NABI DI KALANGAN ORANG ARAB...!!!!

Krisis pemikiran dan intelektual yang dihadapi oleh umat Islam sekarang akan menguatkan agenda musuh Islam untuk menguasai dunia Islam di bawah telunjuk mereka.

Menurut Datuk Dr. Ismail Ibrahim dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), umat Islam seharusnya lebih mengutamakan kesepaduan dan persamaan objektif dan matlamat di dunia dan akhirat dengan menekankan segala penyusunan strategi dan agenda berdasarkan ilmu pengetahuan dan keihlasan hati.

“Jika umat Islam mementingkan ilmu pengetahuan dan mempunyai visi global, maka mungkin segala masalah titik bengik dan isu sampingan seperti perselisihan mazhab feqah dan kefahaman yang tertentu, isu sama ada kita ini sekular atau tidak, isu pentafsiran keadilan dan kezaliman, dapat diselesaikan dengan penuh bijaksana tanpa mulai meretakkan kesatuan matlamat dan kesepaduan perjuangan ummah keseluruhannya” katanya.

Sesuatu yang membimbangkan, seandainya pemikiran umat Islam di negara ini sama seperti yang dialami oleh negara-negara Islam yang lain, sedang berkecamuk dengan pelbagai fatwa dan ajaran yang memberi gambaran bahawa gerakan Islam oleh beberapa golongan yang tertentu itu sahaja yang benar-benar Islam.

Golongan ini cuba memberi gambaran kepada masyarakat Islam, bahawa golongan mereka sahajalah yang berjuang dan menjalankan agenda Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan al-Quran dan Sunnah yang membawa para pengikutnya memasuki syurga.

Perjuangan golongan ini dihubungkan dengan perjuangan jihad yang suci sebagai jihad kerana agama, sedangkan perjuangan dan aktiviti golongan lain tidak termasuk dalam jihad. Dr. Ismail juga berkata, dalam keadaan begini, para intelek Islam seharusnya segera melibatkan diri dalam mengupas isu-isu ini secara aktif dan positif.

Mereka seharusnya lebih bersikap pro-aktif dan keluar ke tengah-tengah arena untuk memperkatakan yang benar berdasarkan kajian fakta dan akar umbi persoalan yang dibicarakan itu.

Kenyataan seperti “kembali kepada al-Quran dan Sunnah” haruslah disertakan dengan agenda dan prinsip-prinsipnya yang harus diatur dan dilaksanakan fasa demi fasa untuk benar-benar direalisasikan prinsip-prinsip ajaran al-Quran dan Sunnah.

Jika ini tidak dilakukan maka selama-lamanya kenyataan itu akan hanya merupakan slogan yang tidak diketahui bagaimanakah harus diberikan pengisian dalam bentuk program dan agenda yang melibatkan dasar negara.

ANAK SIAPA KAH INI..!!!!!


Monday, January 30, 2012

YOU RAISE ME UP BEBEH...!!!!

perhhhh cantik tu body dia, ada cutting tu weiii..!!!
u raise me up.......its coming bebeh..
ini baru namanya pejuang hak hak negara kebajikan. agak agaknya kalu di malaysia ada tak wanita2 cantik seperti ini nak berbogel demi negara berkebajikan seperti yang di war warkan oleh parti PAS. 

arab rasa pada pandangan peribadi, mungkin ada tapi bukan lah wanita2 cantik tapi wanita2 gila macam muka  hantu kak limah atau mak lampir. hehehehehhe, di mana arab sendiri pun tak sanggup nak melihatnya.

ARMAGEDDON ADAKAH BAKAL BERLAKU...????

Sebuah lagi asteroid sebesar bas bandar dikenal pasti berada antara orbit Bumi dan bulan, kelmarin beberapa hari selepas ia dikesan, namun didakwa tidak mendatangkan ancaman kepada planet kita, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), semalam. 

Saintis Nasa menyatakan asteroid 2012 BX34 bersaiz 11 meter itu melepasi orbit Bumi pada jarak 59,044 kilometer (km). “Walaupun saiznya kecil, ia tidak dapat menembusi atmosfera Bumi. Ruang untuk asteroid tersebut melepasi planet kita hanya kira-kira 0.17 kali jarak antara bulan dan Bumi,” menurut kenyataan ahli astronomi di Jet Propulsion Laboratory di Pasedena, California. 

Sejak awal minggu lalu, para saintis di seluruh dunia turut mengadakan pertemuan membincangkan bagaimana untuk bertindak-balas dengan ancaman dari asteroid. Mereka sepakat untuk menubuhkan projek NEOShield (perisai ancaman asteroid) yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan diketuai oleh Pusat Aeroangkasa Jerman bersama saintis dari Eropah dan Amerika Syarikat. September lalu, 

Nasa turut mengesan sebuah asteroid terbesar sejauh 195 juta km dari matahari melalui sekitar orbit Bumi.

sumber SH

Sunday, January 29, 2012

LIM KIT SIANG: S'jaya diraja VIDEO SEX ANWAR jika Pakatan rampas Putrajaya


Pakatan Rakyat akan membentuk suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana kerajaan sebanyak RM250 juta sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Lim Kit Siang.

"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau setuju apabila merampas Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, Pakatan akan membentuk suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal NFC jika masih tiada ketelusan memuaskan seputar kontroversi itu," kata penasihat DAP itu.



kes video sex anwar ibrahim tak nak buat sekali ka....!!!!

ISRAEL ADA HAK UNTUK PERTAHANKAN DIRI - ANWAR IBRAHIM

Anwar berkata Israel mempunyai hak mempertahankan diri !.Kenyataan beliau disanggah oleh Pemuda PAS.

Sebenarnya Anwar sebelum ni pernah memberi kebenaran penayangan filem tentang pembunuhan 6 juta Yahudi oleh Nazi Jerman,Holocaust filem ...The Schindler's list arahan sutradara terkenal berbangsa Yahudi,Steven Spielberg's pada tahun 1993 atas alasan kekejaman tidak mengenal sesiapa patut dikutuk.

Anwar sudah lupakah apa yang terjadi pada orang Islam di Palestin dan Lubnan?Presiden Iran,Ahmedinejad pernah bercakap bahawa beliau tidak percaya peristiwa Holocaust dan menganggap itu cumalah strategi yahudi menutup kezaliman mereka terhadap umat Islam di Palestin dan Lubnan.

pembebasan peliwat tegar dari hukuman baru baru ini nampaknya ada hikmah. keputusan hakim itu betul kerana kita boleh lihat macam macam perangai dan pe'el dia ini.

buat lah apa yang patut wahai peliwat tegar, lagi banyak hang bercakap...lagi banyak orang akan undi BN.

KEHANGATAN CIUMAN MU......!!!!

Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit. Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;

1- Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
2- Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
3- Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
4- Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
5- Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
6- Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
7- Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
8- Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
9- Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
10- Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
11- Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
12- Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.

KOMEN ARAB" lepas ini bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Tapi yang masih belum berkahwin, pandai pandai lah jaga diri,

Saturday, January 28, 2012

WARTAWAN 'MALAYSIAKINI" ADA JUGAK DI HIMPUNAN SEJUTA UMAT ISLAM

wartawan ini lah yang buat laporan dalam portal malaysiakini demo himpunan melayu pulau pinang merosakkan harta benda awam tahun lepas. 

APEK PUN TAHU DAN SOKONG 1 MALAYSIA..

arab memang tergelak bilamana ada seorang apek menjerit " 1 MALAYSIA" sila tengok reaksi si peliwat tegar macamana rupa bila dia dengar jeritan itu.

SUAMI YANG BANGANG....!!!!

arab percaya doktor yang menjawab masalah ini akan gelak pecah perut kerana ada juga lelaki yang bodoh nak masukkan buah zakarnya ketika bersama isterinya.

PROGRAM MEMANTAPKAN JENTERA PRU13 PEMUDA UMNO TASEK GELUGOR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengingatkan anggota Pemuda Umno Tasek Gelugor agar membuat persiapan rapi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula Pulau Pinang daripada pembangkang. 

Justeru, beliau berharap program Pemantapan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, yang diadakan tiga hari di sini, akan mampu membangkitkan semula semangat juang peserta. 

"Saya difahamkan seramai 120 anggota Pemuda menyertai program ini, yang bertujuan memberi motivasi serta semangat, selain diselitkan dengan beberapa slot mengandungi strategi untuk mempertahankan kawasan Parlimen Tasek Gelugor,” katanya. - BERNAMA

GADIS PENGSAN SETELAH RAKAM GAMBAR!!!!!!

PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (DALAM BULATAN) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam.
Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin. 

PERCAYA ATAU TIDAK: Kelihatan tangan makhluk (dlm bulatan) yang dipercayai ‘hantu’ cuba mencekik mangsa melalui gambar yang dirakam. Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang menyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa. 

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya. “Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” 

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu. Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu. “Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” 

mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan. Bagaimanapun katanya, satu upacara ‘ngampun’ mengikut adat lama masyarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi meminta maaf kepada makhluk halus itu. Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, 

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada. Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.  jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’. 

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit. Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Friday, January 27, 2012

Majlis Pelancaran Perhimpunan Malam Pendekar 1Malaysia

NOH OMAR BUAT PENJELASAN NFC

Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. 

Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya. 

"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di sini, hari ini. 

Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan. 

Ambrin dalam satu kenyataan berkata “perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.” — LAGI NOH-NFC 2 KUALA SELANGOR Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan. Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar. 

Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru. Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan. Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.

"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya. Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian,” katanya. - BERNAMA

ARAB: tidak ada penyelewengan ..tidak ada kucar kacir. puak lembu pkr yang bangang baca laporan tak habis pulak tu menggunakan ayat ayat untuk mengelirukan rakyat. 


NEELOFA ADA DI MANA MANA SAJA....!!!

Mana-mana pun sekarang ini orang bercakap mengenai Neelofa. Rancangan Nona pun ada Neelofa, tak lama lagi keluar filem Azura pulak. Memang Neelofa ada di mana-manalah. Yang terbaru, majalah InTrend keluaran Februari 2012 turut menampilkan wajah Neelofa sebagai cover mereka.

Kalau tahun 2011 adalah tahun kemunculan Neelofa, adakah tahun 2012 akan memahatkan nama Neelofa sebagai salah seorang nama besar dalam industri hiburan kita? Sama-samalah kita nantikan gegaran aura perempuan tercantik ini.





Thursday, January 26, 2012

ANWAR BERDOSA KALAU TIDAK BERBOHONG PADA RAKYAT...!!!


Salah satu dari teknik propaganda yang terkenal adalah card stacking atau dalam bahasa mudahnya pemilihan fakta. Maknanya yang buat propaganda itu tidak terang semua, tetapi memilih yang mana sesuai untuk dijadikan bahan bagi balun subjek yang dijadikan sasaran. 

Macam itulah gayanya portal dan blog pembangkang buat kempen memburukkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Nak balun PM tidak ada isu, hendak lawan kehebatan kerja tak terdaya, nak bersaing cara 'jantan' tidak mampu, makanya guna pintu belakang. Mencampur-adukkan fakta dan realiti serta dibesar-besarkan oleh kilang fitnah yang berkerja 24 jam sehari. 

Kisah Rosmah berbelanja sakan kat luar negara ini bukan propaganda baru, sudah berkali-kali pembangkang cuba dengan berbagai cara dan seringkali gagal bila maklumat demi maklumat diperolehi kemudiannya. 

Macam cerita cincin RM24 juta, serta kisah Rosmah dan anak perempuanya shoping sakan semasa ikut rombongan PM ke Australia semasa Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel tahun lepas. Kedua-duanya cerita tersebut 'mati' selepas informasi sebenar didedahkan, antaranya tak ada anak perempuan PM yang ikut ke Australia masa itu. Memang akhbar asing yang lapor itu minta maaf, tapi apakah 'damage" yang terlekat pada Rosmah berikutan fitnah itu hilang? sudah tentu tidak. 

Pembangkang menggunakan medianya untuk menyebar pembohongan dengan melaporkan fakta-faktar terpilih dan memburukkan pemimpin kerajaan. Tapi biar pembohongan mereka didedahkan, dengan 'selamba mat enon' mereka ubah ke isu lain pulak, dengan pembohongan yang lain pulak. 

Pada Rabu, pereka fesyen Sydney, Carl Kapp terpaksa buat satu kenyataan media bagi menjawab pembohongan pembangkang dalam kisah Rosmah berbelanja lebih kurang RM325,000 di butik milik beliau dalam satu lawatan peribadi bulan lalu. Modus operandinya sama, akhbar Sydney Morning Herald dalam satu kolum gosipnya siar tulisan Andrew Hornery yang memetik sumber dari blog frockwriter.com. Berita itu tidak disahkan oleh sesiapa, gosip saja, kemudian diangkat dan dilambung oleh portal pro pembangkang kat Malaysia. 

Berita semacam itu disensasikan dan komen-komen pemimpin pembangkang diminta. Sementara blog, FB, twitter milik penyokong pembangkang tolong sebar cerita tak belum disahkan itu dan akhirnya bila ramai orang bercakap, maka empunya badan terpaksa membuat penjelasan. 

Bila buat penjelasan dan disiarkan oleh media arus perdana, terpaksa buat background story, maka tersebarkan cerita yang 'Rosmah nafi belanja mewah.' Sedangkan menurut pemilik butik, Rosmah datang ke kedainya secara rombongan dan membeli belah untuk Festival Fesyen Islam yang mana Rosmah merupakan penaungnya. 

"Saya tidak pernah saya membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai saya. "Pihak Datin Seri Rosmah datang ke kedai kami dalam kumpulan yang agak besar, dan semasa lawatan mereka, ahli-ahli parti, termasuk rakan-rakan dan pengerusi dan penganjur Festival Fesyen Islam telah membuat pelbagai pembelian. 

"Saya percaya Datin Seri Rosmah adalah penaung bagi Festival Fesyen ini Islam," katanya. Rosmah pada Isnin berkata beliau menjadi mangsa dakwaan beliau berbelanja boros tersebut "liar dibesar-besarkan,". "Sila berlaku adil kepada saya," kata Rosmah. Kapp menafikan bahawa mendedahkan jumlah yang dibelanjakan pelanggannya, seperti yang telah dinyatakan dalam blog fesyen Frockwriter dan kolum 'Private Sydney' kelolaan Andrew Hornery dalam akhbar Sydney Morning Herald.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dalam kenyataan saya mengenai kunjungan pelanggan kehormat tersebut, saya tidak pernah membuat apa-apa rujukan khusus kepada jumlah yang dibelanjakan di kedai saya," kata pereka fesyen tersebut. Kapp, juga menafikan laporan konon beliau akan diterbangkan ke Malaysia semata-mata untuk faedah Rosmah. "Ini juga tidak tepat. Lawatan ke bahagian-bahagian Asia, termasuk Malaysia, bagi tujuan pemasaran saluran untuk barangan dan mendapatkan bahan-bahan untuk produk akan datang sebahagian tetap kalendar kerja saya dan dalam urusan perniagaan biasa. 

"Ia adalah pandangan kami bahawa barang itu telah tidak adil diberi gambaran bahawa penubuhan Carl Kapp tidak berhati-hati dan bersedia untuk mendedahkan maklumat peribadi dan swasta tentang pelanggan kami," tambah beliau. Walaupun isu ini boleh dikira selesai dengan kenyataan pemilik butik sendiri. 

Tapi percayalah, dua tiga hari lagi, pembangkang akan main isu ini dari sudut lain pulak, dan jentera pembohongan yang bekerja 24jam akan sebarkan. Motifnya, hendak lawan kehebatan kerja PM dan Barisan Nasional tidak mampu, pembangkang tidak boleh tawarkan apa-apa kepada rakyat. Kecuali membuat isu memburukkan PM, UMNO, BN dan kilang-kilang fitnahnya akan bekerja keras untuk menyebar-luaskan 'dosa' tersebut

sumber dari blog kawan kawan..


Wednesday, January 25, 2012

NFC LUNYAI DI KERJAKAN OLEH KETUA AUDIT NEGARA

tiga bulan ketua audit negara senyap, bertepuk tangan melihat datuk shahrizat dan keluarga kena londeh oleh pembangkang malah ahli umno sendiri, baru sekarang nak buat perjelasan. adakah ini satu GAME PLAN yang teratur untuk menjatuhkan pemimpin umno. ?????.

persoalannya sekarang, adakah dengan perjelasan yang bakal di buat oleh ketua audit negara pembangkang dan ahli umno akan tutup mulut ??? percaya atau tidak puak pembangkang akan buat fitnah baru iaitu ketua audit negara telah membuat pusingan U dan terima wang sogokan dari kerajaan umno dan bn sepertimana yang pernah dituduh kepada penulis blog raja petra,

Tan Sri Ambrin Buang sebagai ketua pengarah harus bertanggungjawab dan meminta maaf kepada tuan badan yang telah lunyai kena fitnah.


SHAH ALAM, 25 Jan - Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan dengan kemelut dalam Laporan Audit Negara 2010 dalam masa yang terdekat. 

Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan entiti perniagaan yang dimaksudkan dalam laporan tersebut sebenarnya merujuk kepada Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) dan bukannya NFCorp seperti yang didakwa.

"Saya akan memaklumkan penjelasan mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat," kata Ambrin. Ambrin turut mengakui pihak pengaudit keliru dengan di antara NFCorp sebuah syarikat Sendirian Berhad dengan syarikat kepunyaan Industri Asas Tani, sebuah entiti kepunyaan kerajaan secara keseluruhan. 

Kemelut tercetus setelah Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin mendakwa berlaku penyelewengan dana pinjaman dan pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur. 

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut turut mendakwa Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya menggunakan hampir RM600,000 dari dana yang diperuntukkan bagi membayar hutang kad kredir pada tahun 2009. 

Walaubagaimanapun, NFCorp menafikan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berniat jahat terhadap syarikat milik persendirian tersebut. NFCorp turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta dimasukkan kedalam akaun syarikat itu sebelum perjanjian berkenaan ditandatangani. 
  

PANAS: JUTAWAN MELAYU ADA KAPALSELAM PERIBADI

hebat orang melayu kita ,,,

BODOH MACAM LEMBU...!!!!!!

ayat paling popular bila kita marah pada seseorang " bodoh macam lembu" lihat photo ini pulak sebenarnya lembu pulak tak bodoh macam manusia. 

jejantas di sediakan untuk kita melintasi jalan dengan selamat. tapi tak pernah guna. sebaliknya lembu dalam photo ini pun tahu jaga keselamatan dan tahu menggunakan kemudahan. 

SEKARANG SIAPA YANG BODOH,

BR1M RM500: PAKATAN MATI AKAL TIDAK BOLEH SABOTAJ..!!!!!!!!

pemimpin pemimpin di semua peringkat bahagian umno iaitu tuan haji aidi roslan, sdr hasbul hazami ketua pemuda membantu dato jahara bt hamid kadun telok ayer tawar bagi program penyerahan bantuan BR1M dan ini lah yang menyakitkan hati puak puak pembangkang,

Idris Ahmad bekas ketua penerangan PAS mempertikaikan tindakan kerajaan apabila mengedarkan BR1M kerana wang RM500 tersebut adalah wang rakyat. 

Bekas ketua penerangan PAS yang sudah tidak releven  sebenarnya cuba memperlihatkan kebolehan beliau berhujah, namun standard hujah pemimpin PAS memang sebegitu kerana mereka begitu mudah meremehkan minda rakyat. Idris mempersoalkan wang BR1M adalah wang rakyat kenapa BN sibuk mengedarkan kepada seluruh rakyat yang berpendapatan rendah. 

mereka nampaknya sudah meroyan, rata rata pemimpin pakatan dan penyokong sudah tidak ketahuan, bilamana di setiap negeri tiap tiap minggu telah ada program agihan duit BR1M RM 500 kepada rakyat yang telah di sempurnakan oleh wakil kerajaan iaitu adun kawasan, ketua umno bahagian, dan ahli parlimen.

puak puak yang mempersoalkan ini semua kerana mereka cemburu tak dapat nak sabotaj BR1M untuk kepentingan mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa pemberian RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah ikhlas dan tidak mempunyai sebarang maksud terselindung dan Lembaga Hasil Dalam Negeri tidak akan 'mengejar' penerima bantuan.

"... RM500 ini ikhlas. Hendak terima ambil tidak mahu pun tidak apa, tetapi saya yakin rakyat yang memerlukan tentu akan ambil, malah kebetulan ia diberi bersempena dengan Tahun Baru Cina," katanya. 

Seramai 805 orang penerima bagi kumpulan kedua ini di dewan panorama bagan ajam.dalam DUN: 06

BUKAN NAK PROTES TAPI LAGU BLUES UNTUK RAKYAT


Tuesday, January 24, 2012

PANAS....SEH !!!! CHINADOLL TELAH DI JUMPAI..!!!!! DASAR PELIWAT TEGAR.@#$%!

tipah tertipu....ku sangkakan kau hentam pelacur, rupanya chinadoll ini yang ko hentam..memang dasar peliwat tegar. ...!!!!



SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MERIAH DI DUN N:06

baru baru ini di kawasan DUN telok ayer tawar telah di adakan program pemimpin turun berjumpa rakyat,

didalam program tersebut seramai 45 keluarga yang tinggal berdekatan telah menerima angpow dan buah limau dari yb dato jahara bt hamid.

tahniah kepada penyelaras adun tuan haji hashim bersama ahli jawatankuasa umno bahagian tasek gelugor tuan haji aidi roslan kerana sama sama membantu adun telok ayer tawar bagi menjayakan program itu.

pemimpin2 parti komponen mca, gerakan dan mic kita tidak boleh lupakan kerana turut sama hadir dalam acara itu.

tahniah lagi sekali kepada yang terlibat.

KETUA AUDIT NEGARA JANGAN SEMBUNYIKAN FAKTA...!!!!!

Ketua Audit Negara didesak mendedahkan keterangan yang diberikan oleh National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) menerusi surat jawapan yang dihantar kepadanya berhubung dakwaan penyelewengan dana kerajaan oleh syarikat berkenaan. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau diberitahu oleh Pengerusi NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail bahawa surat jawapan telah dihantar kepada Ketua Audit Negara berhubung dakwaan yang dilontarkan terhadap syarikat itu selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 didedahkan. 

Beliau difahamkan, pihak Jabatan Audit Negara telah menerima surat jawapan itu dan mengakui bahawa tidak berlaku sebarang penyelewengan dan semuanya di bawah kawalan serta mengikut peraturan. "Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh telah menghantar surat jawapan kepada Ketua Audit Negara mengenai dakwaan terhadap NFC dan beliau memberitahu bahawa Jabatan Audit juga telah menerimanya serta mengakui bahawa tidak berlaku penyelewengan seperti didakwa. 

"Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat oleh Ketua Audit Negara berhubung perkara berkenaan, jadi kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik.BACA LAGI  

arab nak kata: kalu dah pandai buat kenyataan, kena lah pandai jugak beri penjelasan.jangan lah bagi rakyat tertanya tanya !!!!



Monday, January 23, 2012

BLOGGERS ADA LAH SUARA HATI RAKYAT.


" Hang tak puashati ? Laaa.. buat apa bebel kat kedai kopi .. Tuuu ,  hang ada laptop .. P buat blog .. Pastu tulis ja apa hang nak tulis kat dalam blog tu .. Janji jangan hang maki hamun dah ! Kalau isu masuk akal , confirm ada orang baca .. Kalau tak , tunggu kena maki ! Hahahaha ... "

Ada yang tak puashati dengan blogger kan ? Kata blogger ni mengarut ! Suka main isu murahan .. Mai nak habaq sat .. Blogger ni bukan wartawan yang hang boleh panggil mai buat pc , pastu jamu makan skit ... pastu buat baik supaya tulis elok elok .. Maaf yer ... Jangan marah saya , en.wartawan.. 

bukan semua lagu tu tapi sekarang banyak cam tu .. Kerana nila setitik kan ? Sebab tu ramai orang takmau baca newpaper dah.. Diorang rela online internet lagi untuk mencari maklumat.. Walaupun kurang tepat tapi tu lebih baik dari maklumat yang diputarbelitkan .. 

HAKIKAT ! Kalau tak suka blogger , skang tengok .. Asal ada movie baru , diorang jemput bloggers mai buat review.. Kenapa panggil blogger ?? Sebab diorang tau aura blogger ni... Cuma ada yang nafikan je .. 

Suara blogger adalah suara jati rakyat ! Walaupun punya ada yang salahgunakan , tapi ianya tetap suara rakyat .. 

hanya sekadar santai,, dah letih dengan politik, so arab nak ajak pembaca ringan kan minda tu. !!!!  

Sunday, January 22, 2012

SATU PENDRIVE BOLEH MEROSAKKAN MINDA RAKYAT


Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi. 

Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit. 

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu. "Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini. 

Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp. Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim. 

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp. Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan. 

Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp. Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah. 

Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu. Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya. 

PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009. Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan. 

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani. Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC.

SUMBER DARI MALAYSIAINSIDER

RESTORAN TERMAHAL DI DUNIA

restoran alain ducasse au plaza athenee, paris perancis.

restoran yang terletak didalam hotel, memiliki 50 tempat duduk.

harga minimum bagi seorang ialah RM 723.61, menu utama paling best ialah Te Volaille de Bresse iaitu ayam tanpa tulang diternak khas di burgundy

Saturday, January 21, 2012

MELIHAT PAYUDARA SELAMA 10 MINIT UMUR PANJANG????

di New England Journal of Medicine mengatakan bahwa menatap buah dada yang seksi selama 10 minit boleh disamakan dengan latihan aerobik selama 30 minit dan mempertajam pengihatan untuk mata yang bermasalah atau rabun. 

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Karen Bouncer di tiga rumah sakit di Frankfurt ,Jerman, yang melibatkan 200 lelaki. Seratus orang disuruh melihat payudara secara teratur setiap hari, sebaliknya seratus lelaki lainnya  dilarang untuk melihatnya. 

selama lima tahun dan hasilnya menunjukkan kelompok pengintip dada perempuan mempunyai tekanan darah lebih rendah, denyut nadi lebih lambat saat istirahat, dan mengalami gangguan pembuluh darah jantung lebih rendah. “Kenikmatan seksual memacu denyut jantung dan memperlancar sirkulasi darah,” kata Dr. Bouncer. 

“Kami percaya jika lelaki memandang dada ukuran ‘cup D’ secara teratur, mereka akan hidup lebih panjang empat atau lima tahun.” Dia menganjurkan kaum lelaki, terutama usia di atas 30 tahun agar selalu tengok TV yang menampilkan perempuan-perempuan berdada besar. Para peneliti juga mencatat nama-nama artis berdada seksi yang dianggap boleh ‘menyehatkan’ lelaki, diantaranya salma hayek,monica belluci, Natalie Martinez. 


Jika takut dilambung ombak, Usah berumah ditepi pantai, Jika takut pada Risiko, Usah bicara soal perjuangan


Emmm Apakah si Rafizi ini seorang yang cerdik ataupun Bodoh? Mengikut kenyataan yang dikeluarkan beliau suka akan saman tersebut kerana akan dapat mendedahkan lebih banyak isu NFC. OPS.... Awat Rafizi ni bodoh? Shahrizat Jalil SAMAN RM100 Juta atas faktor fitnah yang dilemparkan keatas peribadi beliau. Bila masa pulak Shahrizat Jalil Saman mewakili NFC? Hua hua hua... Chekmate bebeh... 

arab nak kata: beruk makyeh sekor nie nak kata apa lagi bagi mengelirukan rakyat, nak bagi seronok terpaksalah kata memang dok tunggu pun saman, tapi dalam hati...JAHANAMMM AKU..!!! hahahahaahah


AIR MANI LELAKI Y SIAPA....??????

Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan air mani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful? 

Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci dan bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori? 

Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar? 

dengan keputusan Peguam Negara memfailkan notis rayuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim rakyat nampaknya mengalu alukan  rayuan tersebut.

Keputusan itu sudah tentu melegakan rakyat biasa seperti kita semua. Rakyat biasa terdiri mereka yang tidak mempunyai jawatan besar, wang, pengaruh dan sokongan politik seperti Anwar Ibrahim. 

Dengan keputusan Peguam Negara itu, rakyat akan berasa diri mereka terbela walau pun hanya orang biasa seperti Saiful Bukhari. Walaubagaimana pun, kenyataan terbaru Sankara Nair, peguambela Anwar Ibrahim yang mempertikai keputusan Peguam Negara jelas menunjukkan double standard dan hanya mementingkan pihak mereka sahaja. 

Padahal, Karpal Singh sendiri pernah menyatakan bahawa peguambela Anwar Ibrahim akan menggunakan kesemua modaliti di dalam perundangan negara untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. 

Jika peguambela Anwar Ibrahim boleh berbuat demikian dan tidak dipertikaikan oleh pihak pendakwa, maka Sankara Nair juga sepatutnya menghormati keputusan terbaru. Dan Sankara Nair juga patut menghormati hak Saiful Bukhari sebagai warganegara Malaysia. 

Selain daripada itu, kenapa Sankara Nair perlu takut dengan kes itu dirayu jika begitu yakin dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi? 

Jangan pertikaikan hak Saiful Bukhari! 

ADUSSSS KENAPA KAMU SHEILA MARCIA BEGINI..!!!


Bintang sinetron "Anugerah", Sheila Marcia mencetuskan kontroversi sekali lagi selepas gambar panas miripnya tanpa seluar dalam disebarkan di internet. 

Ibu kepada pelakon tersebut, Maria Joseph, berkata dia tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa gambar panas anaknya itu tersebar di internet, malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara tersebut. 

"Saya tidak mahu komen apa-apa tentang gambar tersebut," ujarnya seperti dipetik daripada Detikhot semalam. Ibu kepada pelakon berusia 22 tahun percaya bahawa perbuatan itu dilakukan oleh pihak yang tidak suka dan ingin memalukan anak perempuannya itu. 

"Kasihan kerana mereka hanya mengotorkan diri dan hati mereka sendiri." Gambar-gambar panas yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @Neen_martha menunjukkan Sheila sedang bergambar di atas sinki di sebuah bilik mandi tanpa memakai seluar dalam. 

Sebelum ini, Sheila yang sedang hamil lima bulan pernah mencetuskan kontroversi apabila gambar nakalnya dengan seorang jejaka disebarkan pada April 2011.

SHEILA MARCIA 

Friday, January 20, 2012

PAS BODOH TAHAP GABAN, PKR MEMANG PANDAI DAN CERDIK

Demo 901 baru baru ini rupanya di bayar, RM 200 SEORANG utk datang buat kecoh, PAS memang bodoh kerana datang jugak buat ramai sampai menyanyi lagu rentak gospel, tapi apa pun tak dapat, padan muka mereka, siapa yang bodoh, mereka dan keluarga mereka yg bodoh.


Published with Blogger-droid v2.0.3

DR MARSHITAH: PESAN TOK MAT MASIH BERBISA

Banyak pihak yang terkejut dengan keputusan mahkamah membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu daripada tuduhan meliwat. Anwar sendiri pun terkejut. Namun, seperti dijangka, beliau menerima keputusan ini dengan membuat pelbagai tuduhan lagi terhadap mahkamah dan kerajaan.Kononnya, keputusan ini dibuat kerana mahkamah takut menjatuhkan hukuman dan sistem kehakiman dipolitikkan. Dia juga cuba mengaitkan Umno dan Barisan Nasional, padahal kesnya adalah hal peribadi antara beliau dengan bekas pembantunya, bukan dengan kerajaan.


Sikap manipulatif Anwar seperti ini mengingatkan saya kepada peristiwa 20 tahun lalu ketika beliau mencabar Allahyarham Tun Ghafar Baba. Anwar mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan beliau mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Ramai wartawan dan pemimpin Umno yang hadir tapi mereka sebenarnya ditipu.Ahli Majlis Tertinggi Umno dan wartawan telah dijemput untuk menghadiri satu mesyuarat khas, bukannya untuk menghadiri sidang media Anwar.


Cebisan ini dikisahkan Tan Sri Mohamed Rahmat dalam bukunya yang diterbitkan tiga tahun lalu.Oleh kerana sidang media itu diadakan di Ibu Pejabat Umno, ramai menyangka Tok Mat yang urus kerana ketika itu dia berjawatan Setiausaha Agung Umno (1988-1996). Rupa-rupanya ia manipulasi Anwar dengan Setiausaha Kerja Umno ketika itu, yang tidak memberitahu Tok Mat.Ramai ahli MKT marah dan tidak selesa (termasuk Tok Mat sendiri) apabila menyedari mereka kena duduk sebaris atau berdiri di belakang Anwar sewaktu dia membuat pengumuman itu.


Ghafar menarik diri daripada bertanding kerana mendapat hanya tujuh pencalonan, manakala Anwar memperoleh 143 pencalonan daripada 151 bahagian Umno yang bermesyuarat. (Umno mempunyai 153 bahagian waktu itu). Akhirnya, Anwar naik menjadi Timbalan Presiden Umno, dan Timbalan Perdana Menteri pada 1993.


Menurut Tok Mat lagi, beliau sedar Anwar mula berkempen secara halus sejak itu untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usahanya menjadi Perdana Menteri. “Masa itu saya lihat Anwar sudah semakin yakin yang beliau akan menjadi PM dalam masa terdekat… Dalam kesibukan Dr Mahathir mengembangkan usaha pembangunan ekonomi, Anwar pula sibuk berkempen.Apa pula muslihatnya jika bukan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemimpin nombor satu tidak patut lagi memimpin negara.


Pada masa sama, Anwar mula menguasai media massa. Beliau meletakkan ketua-ketua media daripada kalangan penyokongnya.” (hal 140-141)Pengamatan veteran Umno ini menjawab persoalan siapa sebenarnya konspirator No. 1 negara yang memanipulasi media massa dan sanggup berkempen memburuk-burukkan pemimpin dan negara sendiri di luar negara atas kepentingan peribadi, semata-mata mahu menjadi PM. Sampai hari ini, apa yang disebut Tok Mat mengenai Anwar masih benar dan relevan.


Menurut bekas Menteri Penerangan (1978-82, 1987-99) ini, reformasi atau revolusi bukanlah mengenai cita-cita besar seseorang individu. Perubahan tak boleh dicapai dengan bercakap atau berslogan sahaja, malah mesti diikuti dengan pelaksanaan projek dan program yang benar-benar menghayati cita-cita dan memenuhi harapan rakyat.


Beliau yakin Gagasan 1Malaysia mampu menyatupadukan rakyat Malaysia bagaikan satu keluarga besar; setiap warganegara mempunyai peranan masing-masing memajukan negara tanpa mengira kaum dan agama.Sebagai pemikir dan pelaksana beberapa kempen nasional yang berjaya seperti Setia, Semarak dan Mesra pada dekad 1980an dan 1990an, Tok Mat percaya 1Malaysia juga boleh menguatkan negara kerana dapat mentransformasikan pemikiran rakyat Malaysia sebagai "we are one".


Walaupun bukunya bertajuk “Umno: Akhir Sebuah Impian” (The Malaysian Insider, Petaling Jaya, 2009), ia bukan ramalan kejatuhan Umno, tetapi peringatan untuk semua ahli Umno agar setia kepada parti dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dilihatnya sebagai mewarisi kepimpinan dan keupayaan bapanya.Tok Mat menyarankan pemimpin Umno kembali kepada orang Melayu dan rakyat, cermin diri sendiri dan jangan lupa sumbangan orang Melayu yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.


Menurutnya, pemimpin kena bersikap terbuka dan mendengar pandangan akar umbi.“Kita sebagai bapa harus bersedia mendengar pandangan isteri dan anak-anak. Jangan takut berdepan dengan orang yang kita sudah berikrar untuk membantu dan menjaga kepentingan mereka. Tidak ada lebih teruk daripada pemimpin yang takut kepada rakyatnya sendiri.” (hal 166).


Katanya, Umno telah berubah dari parti kampung kepada parti nasional yang menjaga kepentingan semua rakyat. Perjuangan parti mestilah mengikut kehendak dan keperluan rakyat. Rakyat mesti puas hati dengan apa dilakukan untuk mereka.Inilah formula asas yang sentiasa memenangi hati rakyat. Formula inilah memastikan sokongan rakyat kepada BN sejak enam dekad lalu.


Arab nak komen: bapak segala rasuah politik bukan kah peliwat tegar ketika itu, bapak konspirator ketika itu juga datng dari peliwat tegar, sebenarnya dia takut pada bayang nya sendiri, kerna dia pernah buat benda benda kotor ini semasa menjadi orang no 2 negara. Sebab itu dia ingat orang lain pun akan buat benda yang sama bila dah berkuasa. Telahan dia ternyata merosot kerana pemimpin2 umno sekarang dan terdahulu tidak sehebat dia yang sanggup buat apa saja demi agenda peribadi yakni mahu menjadi perdana menteri.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday, January 19, 2012

7 PERKARA YANG MERBAHAYA DALAM PERKAHWINAN

Tidak dinafikan menjaga keutuhan dan keharmonian rumahtangga bukanlah sesuatu yang mudah.Banyak sekali dugaan dan godaan yang boleh menghancurkan hubungan.Apalagi,perkahwinan adalah bersatunya dua jiwa yang mempunyai karakter yang berbeza.Tambah-tambah lagi jika pasangan suami isteri sama-sama berkerjaya diluar rumah sehingga masa untuk berkomunikasi dan berduaan menjadi amat terbatas yang kadang-kadang membawa kepada timbulnya masalah.

Setiap masalah walaupun sekecil mana sekalipun perlu ditangani dan diselesaikan agar hubungan yang dijalin dan diikat tidak membawa kekecewaan.Oleh itu dengan mengetahui tanda-tanda yang bakal memberikan masalah dan mengancam sesebuah perkahwinan itu amat perlu demi menjaga agar rumahtangga yang dibina sentiasa harmoni dan berkekalan.

Pada kali ini,saya akan memberikan 7 tanda yang biasa berlaku dan boleh membahayakan sesebuah rumahtangga.Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah;

1)Masalah. 
Terkadang masalah-masalah tidak diperhatikan oleh pasangan suami isteri dan dibiarkan begitu sahaja.Misalnya jika pasangan ada melakukan sebarang kesalahan ataupun yang tidak berkenan dihati,masing-masing bersikap berdiam diri dan memendam apa yang tidak disukai.Sebaiknya jika ada yang tidak berkenan dihati,utarakanlah kepada pasangan dan usah dipendam.Selesaikan setiap masalah dengan berbincang bersama pasangan dalam keadaan yang tenang.Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

2)Kritik. 
Tidak semua orang boleh menerima kritikan sekalipun kritikan yang membina.Contohnya isteri yang tidak senang menerima kritikan dari suami tentang berat badannya yang semakin hari semakin berisi.Apalagi setiapkali si isteri menyantap makanan kegemarannya,ada saja kata-kata yang menyindir bentuk badannya.Pastinya si isteri akan merasa tersinggung walaupun niat si suami sebenarnya baik.Sebenarnya tidak salah jika ingin memberikan kritikan tentang apa yang anda tidak sukai pada pasangan,tetapi perlulah menyampaikan setiap kritikan itu dengan cara dan waktu yang tepat serta seboleh-bolehnya gunakan bahasa percakapan yang lembut dan tidak menyinggung perasaan pasangan.

3)Menghina. 
Terkadang tanpa disedari apa yang anda lakukan dan ucapkan boleh membuat pasangan merasa terguris dan terhina.Contohnya, "Bodoh betul awak ni!Takkan buat benda macam tu pun tak boleh.Kata jurutera,tapi tv rosak pun tak tahu baiki!" Mendengar lontaran kata yang seperti itu tentu pasangan akan merasa terhina dan merasa harga dirinya bagai dipijak-pijak.Jika anda tidak puas hati dengan cara kerja atau sikap pasangan sekalipun,janganlah sampai mengeluarkan kata-kata yang bersifat penghinaan dan boleh membuat hatinya terguris.

4)Membanding-bandingkan. 
Sikap suka membanding-bandingkan pasangan dengan orang lain terutama dengan orang yang lebih baik darinya amat tidak baik dalam ikatan perkahwinan.Perlu diingat,setiap orang memiliki kekurangan dan kelebihan masing-masing.Mungkin pasangan anda kurang dalam satu-satu hal tetapi pasti ada hal yang dia lebih baik dari orang lain.

5)Berdiam diri.
Bila berlakunya sebarang perselisihan pendapat dan salah faham,masing-masing tidak mahu mengalah lalu mengambil sikap berdiam diri untuk mengelakkan pertengkaran.Berdiam diri untuk sekadar mententeramkan emosi memang tidak salah,tetapi jika berdiam diri dalam jangka waktu yang panjang boleh membawa bahaya yang amat besar.Apalagi jika masing-masing tetap mempertahankan pendapat dan ego sendiri.Sebaik-baiknya cubalah mengambil sikap berdiplomasi dan bertenang.Komunikasi dan saling terbuka adalah jauh lebih baik dari berdiam diri.

6)Melarikan diri. 
Banyak antara pasangan suami isteri yang bersikap melarikan diri bila timbulnya masalah dalam hubungan mereka.Mengambil pendekatan dengan mencurah rasa dan berkongsi masalah dengan orang lain membuat mereka merasa beban atau masalah yang di tanggung seolah berkurangan.Ini mungkin boleh menjadi jalan keluar yang baik jika orang yang dikongsikan masalah itu boleh memberikan penyelesaian yang tepat.Namun apa terjadi jika sekiranya orang tersebut justeru mengambil kesempatan atau pun menjadi batu api lantas tambah memburukkan keadaan.Setiap pasangan seharusnya sedar bahawa setiap rumahtangga pasti ada masalahnya sendiri.Bergantung pada bagaimana anda dan pasangan menanganinya,samada mahu diperkecil atau diperbesarkan.Seboleh mungkin jangan melibatkan orang ketiga dalam permasalahan rumahtangga anda kerana ia amat berisiko.

7)Dendam.
Jika pasangan anda pernah melakukan kesalahan dan telah meminta maaf,berilah kemaafan kepadanya dengan ikhlas dan sepenuhnya.Jangan sekadar memaafkan pada zahir tetapi batinnya anda menyimpan rasa tidak puas hati dan kebencian pada pasangan.Apalagi jika didalam hati menyimpan dendam yang tidak pernah hilang.Sikap berdendam dengan pasangan adalah racun yang membawa kesengsaraan.Jika pun anda marah dengan kesalahan yang dilakukan pasangan sebaik-baiknya berterus terang dengannya yang anda memang tidak suka dan tidak sekali-kali mahu dia mengulanginya lagi.

Ingatlah setiap pasangan suami isteri bahawa alam rumahtangga sememangnya sentiasa mencabar zahir dan batin masing-masing.Apa pun masalah dan cabaran yang datang sebaik-baiknya sama-sama berusaha menangani dengan cara yang baik.Saling faham memahami dan sentiasa berkomunikasi serta berbincang antara satu sama lain merupakan kunci penyelesaian kepada apa pun masalah yang ada.

Semoga rumahtangga anda semua sentiasa bahagia,harmoni dan berkekalan hendaknya.

MB SELANGOR TAKUT PADA UMNO...!!!!!

arab melihatkan satu tindakan dan kenyataan politik untuk menipu atau mengelirukan rakyat selangor amnya. masih nak letak kesalahan kepada UMNO. Apa saja tindakan mereka tetap akan menyalahkan UMNO, kerana UMNO lah jadi macam nie, kerana UMNO lah jadi macam tu. 

kesimpulannya mudah, UMNO memang terbaik dalam mempertahankan AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, jesteru itu mereka takut dengan kebangkitan UMNO dan BN.

Timbalan Pesuruhanjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, dengan kedudukan sebagai Menteri Besar, sudah pasti Abdul Khalid boleh mengendalikannya dan meluruskan perkara yang ‘bengkok’ dalam Jais dan Mais termasuk soal zakat dan isu-isu yang ditimbulkan tetapi tidak diberikan jawapan wajar.

“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas,” katanya.

Khalid berkata, lebih elok portfolio itu dipegang Abdul Khalid kerana beliau lebih arif dan berpengalaman mengendalikan berbanding individu lain yang memerlukan masa untuk menguasai portfolio tersebut. “Tiada masalah Menteri Besar pegang kerana pilihan raya dijangka sudah menghampiri, Exco yang diberi tanggungjawab memerlukan masa untuk menyesuaikan dan memahami selok belok portfolio berkenaan. Ia akan menjadi sedikit masalah bagi orang baru untuk mengendalikannya,” katanya.

DATUK AHMAD MASLAN KATA BLOGGER PRO UMNO-BN SAMPAH..!!!!! GRRRRRRRRR

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah. 

Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN. "Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya." Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkata, kenyataan beliau baru-baru ini yang menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang beliau. 

"Kita berjuang sebagai anak jantan yang berani mendepani lawan... Kita berjuang atas landasan kebenaran, untuk agama bangsa dan tanah air. "Cabaran remeh Facebook ini hanya seperti batu kecil di atas lebuh raya yang nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yang sedang menyambut semboyan perang," katanya lagi.- SINAR HARIAN

WIRA PERKASA MAHU BERJUMPA GUAN ENG

Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang mahu bertemu dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi membincangkan tentang dilema yang dihadapi orang Melayu di negeri ini. 

Ketuanya, Mohd. Rizuad Azudin berkata, pihaknya akan menghantar satu surat berdaftar esok kepada Guan Eng bagi memaklumkan perkara itu. Menurutnya, Wira Perkasa memberi tempoh dua minggu kepada ketua menteri itu untuk memberi maklum balas dan jika tiada sebarang jawapan diperoleh, Guan Eng akan dianggap bukan seorang wakil rakyat berjiwa rakyat. 

"Kami akan mengadakan 'kekecohan' lebih besar jika tidak dapat berjumpa Guan Eng dalam tempoh dua minggu. Ia bagi membincangkan masalah-masalah dihadapi orang Melayu di negeri ini kepadanya. "Kami mahu beliau jawab mengenai isu rumah mampu milik yang telah diuar-uarkannya dan juga tindakan meroboh kedai orang Melayu yang tidak mendapat sebarang pampasan atau wang ihsan," katanya di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Rizuad, sudah banyak cara dibuat oleh mereka untuk berjumpa dengan Guan Eng, namun tidak pernah diberi peluang itu. "Selalunya kami berdemonstrasi, namun tidak sekali pun dapat berjumpa dengan beliau. Kali ini kami beri surat secara rasmi dan kami mahu beliau berjumpa dengan Wira Perkasa," ujarnya. 

Tambah Mohd. Rizuad, telah banyak risalah diedarkan oleh kerajaan negeri mengenai penyediaan rumah mampu milik, namun tiada projek pembinaan dijalankan. "Ini merupakan satu taktik untuk menarik pengundi memandangkan pilihan raya umum semakin dekat. Sebab itu banyak risalah diedarkan kepada rakyat di negeri ini mengenai rumah mampu milik," katanya.- UTUSAN

Wednesday, January 18, 2012

PEMIMPIN BUKAN ISLAM MENGHENTAM PELIWAT TEGAR.



Ramai kalangan ahli politik terus menerus mengkritik pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya baru-baru ini mengenai keperluan menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan. 

Mereka berkata kenyataan sedemikian menggambarkan sikap tidak sensitif dan menimbulkan perdebatan yang tidak perlu. Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata ia adalah satu kenyataan bahawa undang-undang perlu disemak semula dari semasa ke semasa bagi menggambarkan nilai sesebuah masyarakat kerana undang-undang bukan merupakan satu perkara yang statik.

"Bagaimanapun, jika anda sentuh mengenai perkara seksual, anda perlu ingat bahawa masyarakat Malaysia bukan 'progresif' dan pada asasnya mereka masih konservatif. Oleh itu, komennya telah menimbulkan pertikaian dan perbalahan yang tidak wajar. Ia perlu berkembang dengan sendiri," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow percaya apa jua undang-undang yang perlu disemak semula, ia perlu menggambarkan nilai-nilai sesebuah masyarakat dengan mengambil kira nilai kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia.

Setiausaha Agung MIC S Murugesan ketika dihubungi menjelaskan bahawa kebanyakan peguam percaya bahawa undang-undang lapuk perlu disemak semula dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, beliau berkata maklum balas orang ramai perlu diambil sebelum sebarang usaha dibuat untuk meminda undang-undang sedia ada.

"Bukan itu sahaja, anda tidak patut meminda sesuatu hanya semata-mata kerana ia tidak menyenangkan kepada sesetengah orang. Sebagai seorang peguam, anda akan berkata semak semula undang-undang lapuk tetapi sekali lagi, Malaysia merupakan sebuah negara dengan majoritinya orang Islam dan ada penduduk lain dengan perbezaan kepercayaan agama. "Oleh itu, kita perlu mengambil kira semua ini sebelum kita mahu mengeluarkan kenyataan mengenai keperluan untuk menyemak semula mana-mana undang yang lapuk," kata Murugesan. -- BERNAMA

ARAB: kenyataan peliwat tegar ini, adakah nak kata UMNO bayar BBC, ??????, 

PECAH PANGGUNG ESOK TAYANGAN PERTAMA JAM 11.00 PAGI



Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Kejadian yang tak dapat diagak bagaimana kesudahannya. Permintaan peminat-peminat yang bakal ditunaikan. 19hb Januari 2012. Tayangan pertama. 11.00pagi. Dengan iringan doa serta harapan kepada seluruh rakyat Malaysia agar keluarlah beramai-ramai dan memberi sokongan kepada tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur. 

Saksikanlah !

LIVE FROM PWTC: HULUBALANG2 PEMUDA UMNO SEDIA UTK GEMPUR

terkini arab di lokasi berdepan pwtc hampir 100 pemuda berkumpul menunggu kedatangan barua a.k.a pencacai peliwat tegar.

mahasewel adam adli teloq sudah naik ke dahi,

pihak polis dan keselamatan pwtc juga sudah bersiap sedia jika berlaku apa apa kemungkinan,

arab membayangkan lunyai budak hingus adam adli akan di kerja kan oleh pemuda pemuda umno nanti,

kali ini usahkan nak melangkah pergi ke menara datuk onn, nak sampai ke the mall pun kemungkinan tidak sampai,
Related Posts with Thumbnails