Saturday, April 7, 2012

PAS SUDAH BERCELARU DENGAN PERJUANGAN NYA..!!!!!

sama rasa sama rata, ini lah perjuangan pas selama ini bila mahu berkompromi di dalam agama.

Subhanallah! Takkanlah sampai begitu sekali untuk meraih undi. Ahli Parlimen Parit Buntar ini perlu tahu batas-batas agama dalam menyatakan keprihatinan sebagai wakil rakyat yamg beragama Islam. Jika orang bertanya mengenai gambar ini, kita hanya menjawab bahawa inilah bukti mereka bukan pejuang Islam Mukmin namun pejuang Islam Parti. Ini bukti liberilisme PAS dalam agama. KLIK SINI UTK BERITA PENUH

2 comments:

Anonymous said...

PENAMBAHBAIKAN PILIHAN RAYA - DI MANA BAIKNYA?

[SN301] Beberapa hari lepas, Dewan Rakyat telah meluluskan 22 cadangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa dibahaskan berikutan timbulnya kekecohan berhubung laporan minoriti yang dikemukakan pihak pembangkang tidak dimasukkan ke dalam laporan PSC itu. Keputusan itu dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas gagal menenangkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Ketika membuat keputusan itu, beliau berkata di bawah Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan, manakala Peraturan Mesyuarat 44 membolehkannya mengambil tindakan terhadap ahli yang ingkar dan melengahkan majlis. Tiga orang wakil rakyat pembangkang diarahkan keluar dewan.

Laporan PSC setebal 79 halaman itu dibentangkan oleh Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Antara yang disyorkan adalah kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara mengundi di pejabat perwakilan Malaysia atau secara pos, pembubaran Parlimen hanya selepas empat tahun pilihan raya umum, tempoh berkempen tidak kurang 10 hari, penubuhan pasukan penguat kuasa khas SPR, pertukaran alamat pengundi dan memberi keutamaan pembersihan daftar pemilih. Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk pelaksanaan dan dibentangkan untuk dipersetujui di peringkat Dewan Negara. Katanya, pihak berkaitan, seperti SPR pula kini boleh mula mempertimbangkan pelaksanaan penambahbaikan, manakala Peguam Negara pula boleh mula merangka draf rang undang-undang membabitkan sebarang peruntukan baru atau pindaan Perlembagaan [BH 04/04/12].

Pembangkang yang terus membuat sidang media selepas itu membidas tindakan Pandikar Amin dan melahirkan rasa amat tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh beliau. Begitulah nasib pembangkang yang cuba ‘berjuang’ untuk menyelamatkan demokrasi di mana mereka akhirnya sentiasa dibohongi oleh demokrasi itu sendiri! Walaupun dari satu sudut demonstrasi besar-besaran yang dibuat oleh Bersih pada 9 Julai 2011 nampaknya “berjaya” mendesak kerajaan sehingga menubuhkan PSC, namun kerajaan tentunya tidak akan membuat apa-apa perubahan atau penambahbaikan kecuali ia adalah suatu yang memihak kepada mereka. Inilah hakikat demokrasi di mana segala undang-undang hanya digubal dalam rangka menguntungkan pihak yang memerintah, tidak kira kerajaan mahupun pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, tetap mengatakan bahawa ia adalah untuk kepentingan rakyat!

Dalam perkembangan yang berkaitan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kesemua anggota jawatankuasa termasuk pengerusi bersama Datuk A. Samad Said dan Datuk AmbigaSreenevasan turut hadir pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor. Himpunan kali ini memilih tema ‘Duduk Bantah’ dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia. Himpunan itu juga akan disertai bersama oleh 84 NGO dan masih mengekalkan lapan tuntutan iaitu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, masa kempen minima 21 hari, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor

Related Posts with Thumbnails