Friday, April 20, 2012

BARISAN NASIONAL JANGAN TUTUP SEBELAH MATA DENGAN JANJI PAKATAN. @dzainalabidin,

pakatan hanya tahu menabur janji kepada rakyat untuk kempen PRU13,  pakatan peduli apa dengan janji2 itu kalau menang nanti, mereka dah berjaya merampas putrajaya itu pun kalau menang. Barisan Nasional tidak harus memandang benda nie hanya sebelah mata, belajar pada kesilapan pada PRU12, bagaimana DAP menabur janji mahu hapuskan tol seberang jaya - bagan, harus di ingatkan kerana janji ini lah rakyat atau pengundi di sana memilih mereka. pada masa itu BN yang bodoh atau pakatan yang cerdik???

bila DAP berjaya merampas pulau pinang, DAP peduli apa dengan isu tol seberang jaya, parti pakatan haram jadah ada  kisah dengan rakyat selepas itu, mereka dah berjaya menguasai kerajaan negeri sekarang ini, hak mereka lah nak tunai atau pun tidak, hak mereka lah nak hapuskan tol atau pun tidak, sekarang ini RAKYAT yg bodoh atau pakatan yang pandai ???? 

rakyat sebenarnya tidak sanggup lagi di perbodohkan oleh parti politik, rakyat mahukan sebuah parti yang bertanggungjawab untuk membela nasib mereka, rakyat bukannya minta bulan dan matahari, rakyat bukannya minta kereta mercedez S350 setiap ketua keluarga dari parti politik kalau menang pilihanraya nanti, rakyat tidak minta menjadi pelakon extra untuk berlakon dalam drama politik, rakyat hanya mahu sebuah kerajaan yang stabil dan memakmurkan rakyat. 

arab telah membuat research berkenaan beberapa janji iaitu isu paling meletup HAPUSKAN PTPTN, TOL PERCUMA DAN MINYAK. 

Perdana Menteri berkata didalam ucapannya di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!! 

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih.kalau pun anwar mahu menurunkan sebanyak RM0.50 seliter, kerajaan terpaksa menanggung subsidi RM 25 Billion setahun. 

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).selepas itu boleh lah pakatan rakyat merompak keuntungan syarikat2 itu untuk kroni2 keluarga mereka . 

Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion. Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! 

setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut?  bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia. adakah ini  FAKTA ATAU AUTA

kerajaan negeri kelantan melaungkan supaya kembalikan hak rakyat dengan royalti minyak petronas, arab nak cakap kepada rakyat kelantan, sebenarnya pemimpin2 kerajaan negeri kelantan mahukan kerajaan kembalikan royalti petronas itu adalah sebab bukan untuk rakyat tetapi untuk isi perut mereka. rakyat kelantan di pergunakan untuk merompak wang petronas.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails