PENYAMBUNGAN KONTRAK KETUA EKSEKUTIF NCIA BUKTI BAHAWA NILAI PELABURAN YANG TINGGI DI PULAU PINANG DAN KEDAH BUKAN DARI HASIL USAHA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
Mari kita baca berita dibawah dari NST on-line tentang penyambungan kontrak Ketua Eksekutif NCIA kerana prestasi memberangsangkan Wilayah Utara menerima kemasukan pelaburan berjumlah RM15.3 billion.
http://www.btimes.com.my/
Tempoh perkhidmatan Datuk Redza Rafiq sebagai Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ketua eksekutif telah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga 31 Dis, 2015.Kontraknya tamat pada 31 Dis, 2012. "Saya tidak menjangka (lanjutan). Saya berbesar hati dengan sambungan dan berharap untuk melaksanakan dan menyampaikan perkara-perkara seperti yang dirancang untuk NCIA. "Pandangan awal adalah bahawa tugas saya adalah untuk memastikan semua berada di landasan. Saya percaya mandat yang telah diberikan kepada kita untuk mengambil tugasan ini ke peringkat seterusnya," katanya kepada Bernama dan Utusan Malaysia hari ini.Redza sebelum ini merupakan Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd dan telah terlibat dalam pembangunan Cyberjaya sejak tahun 1997. Di bawah kepimpinan beliau, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menarik pelaburan yang terbesar, dengan RM15.3 bilion lesen pembuatan yang diluluskan tahun lepas.NCIA merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab untuk menetapkan arah tuju, dasar dan program bagi NCER, dengan empat bidang teras utama, iaitu pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistik. - BERNAMA
Berita ini membuktikan bahawa Wilayah Utara akan terus menarik pelaburan FDI, walau siapa pun yang menerajui Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah, dan juga tidak terkecuali siapa juga yang menjadi Ketua Eksekutif NCIA atau pun Presiden yang mengurus Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Apa sebab Wilayah Utara Berjaya menarik pelaburan yang begitu tinggi? Tidak lain dan tidak bukan hasil usaha Kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun yang lepas, antara lain yang membangunkan pelbagai infrastruktur di Wilayah Utara, bagi menarik pelaburan FDI, contohnya:
1. Membina Lebuhraya Utara SelatanOleh itu siapa pun tidak perlu mendabik dada terutamanya Lim Guan Eng yang menyatakan bahawa mereka lah individu yang bertanggungjawab membawa pelaburan ke Wilayah Utara, samada Pulau Pinang, Kedah (KHTP) dan Perlis.
2. Membina Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas
3. Membina Jambatan Pulau Pinang
4. Membangun Pelabuhan Pulau Pinang
5. Membangunkan kawasan Industri di Pulau Pinang, Kedah dan Perak
6. Pembangunan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di Kedah
Sebenarnya nikmat yang dikecapi oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerana ada dua individu dari BN yang telah bertungkus lumus membangunkan Wilayah Utara sejak dari tahun 70-an lagi; yang mana hasilnya dinikmati sekarang oleh negeri-negeri di Wilayah Utara (Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Perlis). Mereka ini adalah Tun Dr Mahathir dan Tun Lim Chong Eu.
Jadi tak ada yang hendak dibanggakan oleh Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang paling rasist dengan polisi CAT, kerana syarikat multinasional akan menjadikan infrastruktur tersedia ada seperti jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang, penyediaan elektrik, air, telekomunikasi, keselamatan, sumber manusia terlatih dan berbahasa Inggeris sebagai faktor utama penilaian sebelum membuat keputusan melabur di sesebuah tempat atau negeri.
Selepas ini semua, barulah faktor kerajaan diambil kira, samada pro-business atau pun sebaliknya. Jika ini diambil kira, tiada bezanya sekarang dan sebelum 2008, iaitu kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah adalah ‘pro-business’. Mereka yang mengatakan bahawa kerajaan terdahulu BN di Pulau Pinang dan Kedah adalah kerajaan yang tidak telus sebenarnya telah mendengar cerita dongeng sahaja.
Mana-mana ‘investment promotion agency/IPA’ seperti MIDA atau pun InvestPenang boleh memberitahu bahawa sebelum MNC melabur, kajian kesesuaian (feasibility study) akan dijalankan sekurang-kurangnya selama setahun atau pun lebih.
Jadi mana mungkin sejak 2008, MNC terus menerus membuat keputusan melabur. Bagi pelaburan tahun 2008, kajian mungkin telah dilakukan sejak dari 2006 atau 2007. Begitulah seterusnya, untuk tahun 2012, kajian dilakukan pada tahun 2010 atau 2011.
Manakala sumber pelaburan juga bukannya datang dari kerajaan negeri maisng-masing, sebaliknya nama-nama syarikat berpotensi melabur samada di Kedah atau Pulau Pinang disediakan oleh pejabat MIDA diluar negara, iaitu di US, Jepun, Eropah, Korea Selatan, China dan lain-lain.
Agensi seperti InvestPenang dan KedahInvest kemudiannya akan mengambil senarai ini dari pejabat MIDA Pulau Pinang dan Kedah. Lim Guan Eng tidak perlu mendabik dada kerana jika Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat lawatan pelaburan ke luar negara pun, ianya akan diatur oleh pejabat MIDA luar negara.
Kerajaan CAT Pulau Pinang hanya mungkin memberi 1% faktor sahaja dalam keputusan MNC untuk melabur di Pulau Pinang.
NCIA juga kini menumpang tuah atas hasil usaha Tun Mahathir dan Tun Lim Chong Eu. Jadi janganlah begitu berbangga sangat dengan hasil kejayaan pelaburan ini, kerana jika tida infrastruktur yang tersedia, tidak mungkin NCER mendapat pelaburan yang begitu tinggi. Kerja berat yang dibuat sekarang ialah 99% MIDA dan 1% Kerajaan Negeri.
Satu contoh keutamaan Pulau Pinang ialah Kerajaan Pusat telah melebarkan Jambatan Pulau Pinang sedia ada dan kemudiannya membina sebuah lagi jambatan untuk menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai, bagi melancarkan pengangkutan dan logistik antara kilang-kilang yang berada di Kulim, Seberang Perai, Bayan Lepas dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Pelabuhan Pulau Pinang (Pulau Pinang dan Butterworth/NBCT). Cuba bayangkan kos pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang (yang rancak berjalan sekarang) sahaja mencecah RM5 billion.
INILAH HAKIKAT DAN FAKTA YANG PERLU DIFAHAMI OLEH RAKYAT YANG BERDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI BERADA DI PERAK, PULAU PINANG, KEDAH DAN PERLIS SEBELUM PRU13.
1 comments:
Redza Rafiq? Useless, emotional, what more?
Hire only friends, only like to girls who likes to flirt.
Post a Comment