Sunday, April 22, 2012

MAJLIS PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA NEGERI PULAU PINANG

pagi tadi bertempat bukit jawi golf resort nibong tebal perdana menteri Dato Sri Mohd Najib datang untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di semua peringkat seluruh pulau pinang, kehadiran di jangka seramai 2000 orang tetapi atas semangat untuk memberi sokongan kehadiran begitu ramai melebihi 6000 orang. bandar nibong tebal begitu sesak. 

kehadiran semua pemimpin2 tertinggi BN pulau pinang ianya menandakan satu gelombang yang kuat telah di gerakkan dari akar umbi untuk menawan semula negeri pulau pinang. BN pulau pinang sudah bersedia. 

Amanat daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN telah menjadi satu ingatan yang penting kepada jentera piliharaya bn, rakyat harus di utamakan, 

perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi juga datang dan menyambut ketibaan najib, beliau dalam ucapannya sempat berseloroh berkongsi cerita bagaimana dia merasa agak kekok bila melihat bekas bos nya sambut dia. tun abdullah menyambut beliau sebagai tanda selamat datang ke negeri pulau pinang. 

Dalam pada itu, Najib turut menjawab segala penipuan yang di lakukan oleh kerajaan DAP pulau pinang, fakta dan statistik tidak boleh menipu. tetapi ahli politik seperti lim guan eng boleh menipu 

dihadapan lebih 6000 orang pagi tadi najib mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow dilantik sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang bagi mengantikan Koh Tsu Koon. 

selepas dari bukit jawi golf resort Datuk Seri Najib Tun Razak terus ke jamuan rakyat di kampung simpang tiga, dengan kehadiran hampir 25,000 orang. beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM8.5 juta untuk projek pembangunan di kawasan Parlimen Nibong Tebal demi memastikan keselesaan dan kemudahan untuk penduduk di kawasan itu. 

rakyat Nibong Tebal berterima kasih kepada perdana menteri kerana datang ke kawasan mereka dan mempastikan pulau pinang akan kita rampas kembali dan terus membentuk kerajaan bn pulau pinang dan negara. 





1 comments:

Unknown said...

Kekalkan semangat hingga PRU!!

PENDUDUK KERINCHI MASIH MENANTI PERMOHONAN MAAF NURUL IZZAH. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails