pas pernah berkata satu ketika dahulu, kita kalah dengan umno kalau kita lawan dengan "FIZIKAL" kita tak ada duit nak lawan politik dengan parti umno. tetapi kita kalau nak menang dengan umno ialah dengan lawan cara spiritual, kita pengaruhi rakyat dengan agama, itu lebih dekat dengan rakyat.
pasa masa itu di mana umno, ada umno peduli nak menjawab segala kritikan pas hal agama kepada rakyat, semua ulamak di dalam kerajaan membisu. kita ada majlis ulamak dan fatwa tetapi menjadi bisu. satu ayat pun tidak ada dari intitusi ini menjawab segala tohmahan pemimpin2 pas. ini amat lah memalukan umno. bila melihat pemimpin2 pas bermahajarela mengeluarkan fatwa demi kepentingan politik mereka. perdana menteri ke empat Tun Mahadhir adalah seorang pemimpin Islam terbilang, beliau menjawab segala kritikan pas mengenai islam.
sekarang apa bila pas tidak lagi bercakap mengenai negara islam, pas sekarang sudah berubah mengikut politik semasa iaitu mahu menjadikan negara kebajikan , pas sudah tidak peduli soal islam baru lah lah umno terhegeh hegeh nak bercakap soal siapa lebih islam, baru lah umno nak panggil ulamak, baru lah umno nampak ulamak itu penting.
apa pun alasan nya arab nampak umno harus ke hadapan untuk memperjuangkan islam di malaysia, peduli kan saja politik pas yang songsang itu, umno jangan terlalu banyak bermain politik.
petikan dari blog http://ob21.net/ Tidak berapa lama dulu, PAS pernah dikenali sebagai parti alim ulama berikutan ramainya para ulama pondok dan ilmuan agama lulusan dari Timur Tengah yang lebih selesa berjuang dari dalam PAS berbanding bersama dengan UMNO.
Bagaimanapun beberapa tahun kebelakangan ini, trend sedemikian seperti sudah berubah arah apabila para ulama dan tok guru pondok kini kelihatan semakin menjauhi PAS dimasa yang sama dilihat semakin mesra pula dengan UMNO.
Sikap PAS yang semakin angkuh dan bongkak dalam mengejar kuasa termasuk sanggup menggadai prinsip dan dasar perjuangan Islam termasuk kerap tunduk pada tekanan rakan sepakatan dari pembangkang turut menyumbang ke arah perubahan trend tersebut.
Di Kelantan umpamanya, sebahagian besar tok guru pondok sudah tidak lagi sanggup bersekongkol dengan PAS yang dilihat melebih-lebihkan dunia hingga lupa matlamat sebenar untuk mendaulatkan Islam dan hukum hakamnya.
Jika dulu pandangan dan nasihat tok guru pondok sering menjadi rujukan pemimpin PAS dalam sesatu isu, kini peranan tok guru pondok tidak lebih sekadar sebagai tukang baca doa dan adakalanya menjadi tok imam untuk program politik yang berselindung disebalik majlis ‘solat hajat perdana’.
Tambahan pula semenjak sebahagian besar pimpinannya dikuasai oleh puak liberal yang dikenali sebagai Anwarinas ataupun Erdogan, rentak hala tuju PAS juga kian liberal manakala suara-suara golongan ulama parti pula semakin tenggelam.
Pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t misalnya, sengaja dibakul sampahkan sahaja hanya semata-mata hati dan perasaan pemimpin DAP dan pengundi kristian pro DAP dilihat lebih utama untuk kepentingan mengejar kuasa duniawi.
Malah, apabila ramai pimpinan utamanya yang berlatar belakangkan agama sengaja dipinggirkan dalam perebutan jawatan parti, ia mengesahkan lagi yang PAS kini sudah melalui zaman perubahan total yang meletakkan para ulama dalam PAS kini hanyalah umpama kain buruk sahaja.
PAS lebih selesa dengan rentak baru haluannya yang lebih bebas tanpa kawalan dan teguran dari ulama dalam parti, meletakkannya kini seakan sama seperti PKR dan DAP walaupun tarafnya masih bersifat balaci.
Tika PAS berubah sikap secara drastik membuang satu demi satu pemimpin berlatarbelakang agama dan mula meminggirkan suara ulama-ulamanya, UMNO pula mengorak langkah memperkukuhkan suara alim ulama supaya lebih memainkan peranan dalam parti dan kerajaan.
Bagi PAS, para ulama dan tok guru pondok seakan sudah tiada nilai untuk dimanfaatkan sebaliknya kemunculan beberapa artis perempuan yang suatu ketika dulu meliuk-liuk tubuhnya bergaya seksi di depan kamera kini dilihat lebih berharga untuk memancing undi muda mudi.
0 comments:
Post a Comment