Sunday, July 15, 2012

PERSIDANGAN PEMUDA.WANITA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR cc @NajibRazak @dzainalabidin @Khairykj







tahniah kepada 3 sayap parti umno puteri, wanita dan pemuda telah mengadakan persidangan perwakilan umno tasek gelugor semalam di hotel sri malaysia kepala batas. arab tak sempat mengikuti persidangan puteri umno yang di adakan di awal pagi sebab itu tiada gambar atau cerita nak berkongsi bersama. 

arab hanya berkesempatan mengikuti persidangan perwakilan wanita umno bahagian, 

di sebelah malamnya arab menjadi perwakilan di persidangan pemuda umno bahagian. ketua pemuda umno bahagian sdr hasbul hazani dan didalam ucaptama nya begitu bersemangat dan menumpukan ke arah pilihanraya yang akan diadakan bila bila masa sahaja. sdr hasbul mengucapkan selamat datang dan ini adalah satu perjumpaan besar melibatkan seluruh kepimpinan dan perwakilan pemuda umno cawangan dalam bahagian tasek gelugor, beliau amat yakin akan membawa satu perubahan yang cukup besar bagi mempertahankan parlimen tasek gelugor dan menjadi benteng utama dalam usaha untuk merampas kembali pulau pinang. 

sdr hasbul mengajak perwakilan pemuda semua bangun melafazkan ikrar bagi menyatakan taat setia kepada ketua umno bahagian tasek gelugor. 

  • MARUAH PARTI AKAN KAMI PERTAHANKAN
  • BANGSA KAMI AKAN TERUS KAMI PERTAHANKAN
  • AGAMA KAMI AKAN KAMI PERTAHANKAN
  • NEGARA KAMI AKAN KAMI PERTAHANKAN.
  • KEPALAILAH KAMI INSYALLAH PEMBANGKANG TIDAK AKAN SESEKALI KAMI BENARKAN BERTAPAK WALAU SEINCI DIBUMI TASEK GELUGOR. 
  • INI LAH IKRAR DAN JANJI KAMI BARISAN PEMUDA UMNO TASEK GELUGOR.


di akhir ucapannya beliau telah menyampaikan puisi bertajuk "BERSATU LAH MELAYU"

Bersatulah Melayu
Kalau Nampak Ada Retak
Kerana Retak Hujungnya Belah
Bimbang Belah Membawa Pecah
Melayu Itu Tak Mampu Berpecah

Bersatulah Melayu
Melayu itu Cermin
Dalam Jernihnya Kita Menilik
Kita Menilik Mencari Wajah
Wajah Melayu Wajah Kita

Bersatulah Melayu
Melayu Itu Lampu
Terangi Jalan Luas Terbentang
Siapa Cuba Kaburkan Suluh
Kelak Hilang Arah Dan Tuju

Bersatulah Melayu
Melayu Itu Payung
Payung Jangan Carik
Carik Payung
Manakah Lagi Tempat Berlindung

Bersatulah Melayu
Melayu itu Pohon
Akarnya Mencengkam Bumi
Bumi Ini Pautan Kasih
Kasih Melayu Segala Kasih

Melayu Bersatulah
Cari Dan Rangkalah Jalan Damai
Damai Membawa Pintu Pertemuan
Pertemuan Kelak Merintis Padu
Berpadu Melayu Berpadu Semua. 

nukilan 
Prof. Lim Swee Tim




1 comments:

Unknown said...

Selamat bersidang..

SPR AKAN GUNA TAKTIK KOTOR UTK PASTIKAN NURUL IZZAH KALAH DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini..

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails