Saturday, July 28, 2012

BLOG PRO UMNO BOLEH TUTUP KEDAI LEPAS INI..!!!!!

mampus lah blog pro umno yang buat fitnah, alamat tak raya lah bloggers pro umno yang di kaitkan oleh setpol MB kedah. kalau benar di minta percepatkan saman itu sebelum raya. mari kita tengok siapa yang kena dan siapa yang dapat duit raya. .!!!!

dari sinar harian: Setiausaha Politik (Setpol) Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ekoran daripada fitnah yang mengatakan beliau menerima rasuah sebanyak RM1.3 juta oleh blog pro-Umno.

Muhammad Sanusi dan peguamnya itu akan mengadakan sidang akhbar pada Ahad ini untuk menjelaskan tentang status kes itu.

“Tunggulah dan kami akan memberi maklumat terkini mengenai dakwaan itu,” kata Sanusi mengikut lapor akhbar Sinar Harian.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, Ahmad Yahya menyokong tindakan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah melalui blog pro-Umno terhadap Setpol MB Kedah itu.

“Walau apa jua alasan, tindakan fitnah yang dilemparkan itu sangat berat dan memberi kesan terhadap imej Kerajaan Negeri dan parti sendiri.

“Tambahan pula beliau (Sanusi) turut memegang jawatan penting dalam parti sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah.

“Kita amat kesal dengan tuduhan berkenaan,” kata Ahmad mengikut lapor Sinar Harian.

Menurut Ahmad lagi, bulan Ramadhan seharusnya digunakan untuk belajar lebih bertimbang rasa dan bukan untuk memfitnah.

“Sepatutnya dalam bulan Ramadan, kita seharusnya bertimbang rasa, berkasih sayang serta tidak dicemari dengan unsur fitnah.

“Satu tindakan tegas sepatutnya dikenakan terhadap penfitnah yang menyebarkan perkara ini,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menafikan memanggil Muhammad Sanusi untuk siasatan kes rasuah bernilai RM1.3 juta dalam laporan Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, akhbar tersebut turut melaporkan, Setpol MB Kedah itu menafikan dakwaan blog pro Umno tentang dakwaan beliau menerima rasuah sebanyak RM 1.3 juta.

Malah beliau menyifatkan penyebaran fitnah itu sebagai usaha pihak tertentu untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin PAS Kedah.

Selain Muhammad Sanusi, nama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Puat Mohd Ali turut dikaitkan sebagai sasaran seterusnya yang akan disiasat SPRM.- sinar harian.

1 comments:

Anonymous said...

Inilah dia kebebasan bermedia yang diperjuangkan oleh diorang...mana yang boleh disaman, diorang akan saman supaya tutup mulut

Related Posts with Thumbnails