Thursday, July 5, 2012

MAYA KARIN PRIMADONA BERGAYA FESYEN HARI RAYA 2012

Sudah lama mempercayai bakat serta kreativiti pereka fesyen muda Syaiful Baharim, pelakon jelita Maya Karin telah dipilih bagi menjayakan kempen bagi meraikan lebaran tahun ini.

Bersama kempen Syawal by Syaiful Baharim 2011, perangkul Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu menyarungkan 12 persalinan cantik lagi mewah berinsiprasikan taman bunga-bungaan indah.

Malah sesuai dengan kewibawaan Maya Karin sebagai pelakon wanita tempatan bertaraf antarabangsa, koleksi kali ini sengaja menggunakan tema Primadona Melayu Alaf Baru sebagai penghormatan kepada aktres berkenaan.

Pengarah Urusan Baharim & Co Sdn Bhd, Megat Alfie berkata, koleksi Syawal kali ini sangat istimewa kerana menampilkan Maya Karin dalam penampilan cukup glamor sesuai dengan keterampilannya sebagai primadona filem Melayu.

"Memang sudah lama kami mengidamkan untuk menggunakan khidmat Maya Karin dan nampaknya kempen kali ini bersesuaian sungguh dengan dirinya yang memiliki ciri-ciri dan penampilan seorang primadona.

Thanks http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12295&c=30&s=152

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

0 comments:

Related Posts with Thumbnails