sudah terang lagi bersuluh, sekarang sudah terbukti LYNAS adalah selamat. perdana menteri tidak bodoh hendak membina kilang itu kalau boleh membahayakan kesihatan penduduk2 berdekatan di sana. perbagai tohmahan telah di lemparkan menghasut rakyat menolak pembinaan kilang memproses nadir bumi lynas, kalau portal pro pembangkang sudah mengaku dan memohon maaf atas kesilapan berita mereka bagaimana dengan pemimpin parti pembangkang pulak.
Portal berita pro pembangkang Free Malaysia Today (FMT) hari ini memohon maaf kepada Lynas Corporation Limited kerana sebelum ini menerbitkan artikel-artikel yang mendakwa bahawa kilang memproses nadir bumi milik syarikat itu tidak selamat
Mtoday News Sdn. Bhd. yang mengoperasikan FMT dalam satu kenyataan ringkas di portal itu berkata, pihaknya memohon maaf atas semua penerbitan mengenai Lynas memandangkan dakwaan-dakwaan yang diterbitkan tiada asas saintifik.
Kenyataan itu turut mengakui “Kajian mengenai kilang memproses Lynas telah dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci,"sumber http://www.melanaublogger.com
Permohonan maaf oleh portal itu dikeluarkan berikutan kes saman sivil di Mahkamah Tinggi antara Lynas Corporation Ltd dan Mtoday News Sdn Bhd.
0 comments:
Post a Comment