Monday, July 2, 2012

BANJIR KILAT DI PULAU PINANG INI SEMUA SALAH GUAN ENG.

Kereta di pulau pinang semua dah jadi kapal selam. Hebat betul guan eng.

Hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak pukul 12 tengah hari ini mengakibatkan hubungan beberapa batang jalan utama di bandaraya George Town terputus akibat banjir kilat.

Tinjauan Bernama mendapati antara jalan terlibat termasuk Jalan P.Ramlee, sebahagian Jalan Perak, Jalan Logan, Kampung Makam, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan Anson dan Jalan Patani.
    
Di sesetengah kawasan, air naik sehingga 1.5 meter tetapi tiada penduduk yang dipindahkan dan banjir itu mengakibatkan ratusan kenderaan terperangkap dalam kesesakan selama hampir 4 jam.
    
Pegawai Kanan Balai Bomba Jalan Perak, Shahrulnizam Che Hassan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan seorang wanita cacat anggota terperangkap di dalam kediamannya.
    
"Sewaktu kejadian pukul 1.44 tengah hari, air naik sehingga ke paras dada dan bomba terpaksa memecah masuk pintu kediaman wanita bersusia 40 tahun untuk mengeluarkan dia dari rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya wanita itu yang tidak mengalami sebarang kecederaan, ditumpangkan ke rumah jirannya sehingga air surut.
    
Seorang penduduk di Jalan P.Ramlee, Lee Eng Hong, 60, berkata rumahnya mengalami kerosakan apabila banjir kilat itu turut membawa lumpur.
    
Lee berkata dia tidak sempat menyelamatkan kereta serta motosikalnya kerana banjir berlaku dengan cepat dan memasuki rumahnya.
    
Sementara itu, Pegawai Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Daerah Timur Laut Noor Mohd Saidi Noor Lajis berkata pihaknya sedang memantau keadaan banjir itu dan air dilaporkan semakin surut. - Bernama
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

2 comments:

Anonymous said...

alhamdullilah berkat doa khatib supaya Allah menjatuhkan kerajaan zalim maka pulau pinang ditimpa musibah. tetapi khatib itu akan berkata ini bukan bala ini adalah cubaan dari Allah, bala hanya iuntuk umno, cubaan untuk depa, pasal depa orang baik-baik.

Anonymous said...

banjir ni salah satu hadiah dap kat org penang...

pejuang hamas...

Related Posts with Thumbnails