Saturday, November 3, 2012

TAMAN MANGGIS: GUAN ENG TIDUR TAK LENA...!!!!


Pemuda Barisan Nasional (BN) masih menunggu surat tawaran pembelian tanah seluas 0.44 hektar bersebelahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Jalan Zainal di sini dari kerajaan negeri.

Ketuanya ,Oh Tong Keong berkata, Pemuda BN sudah mempunyai wang secukupnya untuk membeli tanah berkenaan bagi membina PPR Taman Manggis fasa dua namun pihaknya tidak akan membayar kepada kerajaan negeri selagi tidak menerima surat tawaran pembelian dan syarat-syarat tender untuk membeli tanah berkenaan.

Menurutnya, peguam Syarikat Taman Manggis Fasa II Sdn Bhd telah beberapa kali meminta dokumen dan syarat-syarat tender pembelian tanah berkenaan daripada kerajaan negeri namun gagal mendapatkannya.

"Sebagai pembeli kami juga mahu tahu spesifikasi dan status tanah yang mahu dijual itu adakah ia berstatus hak milik bebas atau pun pajakan. Kami mahu ketahui semua maklumat itu sebelum membuat pembayaran kepada kerajaan negeri.

"Kita telah menghantar surat berkenaan sebanyak tiga kali iaitu pada 5, 8 dan 25 Oktober lalu namun kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri hanya membalas sepucuk surat kami dan mengarahkan kami mengikut surat yang dihantar oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini," katanya pada sidang media di sini.

Sebelum ini, Guan Eng melalui surat yang dihantar kepada Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow menuntut bayaran penuh dibuat oleh BN sebelum urusan pemberimilikan tanah dijalankan dan BN diberikan tempoh selama 30 hari untuk berbuat demikian.

Tong Keong berkata, tempoh 30 hari yang diberikan kerajaan negeri untuk pemuda BN membeli tanah berkenaan itu akan tamat hari ini dan pihaknya telah berjaya mengumpulkan kesemua wang yang berjumlah RM22.4 juta untuk dibayar.

Namun beliau mendakwa kerajaan negeri seolah-olah tidak serius untuk menjual tanah berkenaan kepada BN.

Sementara itu, Tong Keong yang juga Ketua Pemuda Gerakan negeri berkata, pihaknya difahamkan tanah berkenaan telah dijual oleh kerajaan negeri kepada syarikat Kuala Lumpur International Denatal Sdn Bhd (KL Dental) dan kerajaan negeri juga telah menerima bayaran penuh daripada syarikat berkenaan.

"Bagaimana kerajaan negeri boleh menerima bayaran deposit dari pemuda BN sedangkan dia telah menerima bayaran penuh dari syarikat KL Dental untuk membeli tanah itu.

"Adakah kerajaan negeri telah membatalkan keputusan menjual tanah berkenaan kepada KL Dental dan jika benar bila ia dibuat. Tarikh ini penting kerana ia menunjukkan penyalahgunaan kuasa oleh Ketua Menteri dan kami percaya tanah ini telah dijual sebanyak dua kali dan ia bertentangan dengan undang-undang," katanya.

antarapos.

ketua menteri boleh cakap bohong ka...KLIK SINI


0 comments:

Related Posts with Thumbnails