Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin muda hari ini supaya mempertahankan asas perjuangan pemimpin terdahulu supaya ia tidak diganggu gugat oleh pihak pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata pihak pembangkang akan sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan segala program transformasi yang telah dan sedang dijalankan kerajaan.
"Situasi sekarang ini ada pihak yang mahu 'lokomotif' yang telah kita letakkan di atas landasan supaya ia dapat 'diderailkan' (digelincirkan), di hala ke tempat lain lalu menjunam jatuh ke gaung yang mungkin akan membawa bahaya besar kepada negara kita.
"Sebab itu sebagai pemimpin masa depan, saudara harus pertahankan ini supaya keretapi yang sudah ada di atas landasan yang betul ini jangan diganggu gugat hingga boleh menyebabkan program transformasi kita gagal, kerana dengan kegagalan itu Malaysia tidak boleh mencapai tahap negara maju," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika menutup Wacana dan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional yang dihadiri kira-kira 3,500 mahasiswa universiti dan kolej swasta tempatan, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sebagai pemimpin masa depan, Muhyiddin berkata mereka juga harus sedar bahawa negara telah menetapkan sasaran untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan perlu bersaing serta berada di hadapan demi mencapai sasaran berkenaan.
"Tempoh masanya hanya tinggal lapan tahun saja lagi, persoalan penting sekarang adakah Malaysia mampu mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020?...kesemuanya terletak di atas batu jemala bahu saudara saudari sebagai pemimpin masa depan negara.
"Walaupun jawapannya ya, tapi ia bukan mudah kerana situasi dunia pada hari ini bukan seperti yang lepas dan kita tidak boleh duduk berdiam diri dan hanya menerima hakikat bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara maju," katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya konvensyen berkenaan diadakan setiap tahun sebagai platform bagi mahasiswa berbincang mengenai masa depan negara, selain soal pembangunan sosio ekonomi, politik dan sebagainya.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut melancarkan logo konvensyen berkenaan dan menerima 11 resolusi yang dicapai pada konvensyen itu yang berlangsung sejak dua hari lepas.
Sementara itu, semasa sesi soal-jawab bersama mahasiswa, Muhyiddin menjelaskan bahawa pelan untuk menjadikan negara sebagai hab pendidikan dunia menjelang tahun 2020 sudah dimulakan dan ianya bukan hanya sekadar pernyataan retorik.
"Di mana melalui dasar kita, kita galakkan pembangunan institusi pendidikan bertaraf dunia di Malaysia dan kita mahu setiap universiti di Malaysia, kedudukan ranking dan taraf pencapaiannya adalah setanding dengan mana-mana universiti di luar negara ataupun yang terbaik di dunia," katanya dan menambah dasar ke arah itu telahpun diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata antara lain, usaha ke arah matlamat itu turut dilaksanakan melalui galakkan pembangunan kampus-kampus universiti luar negara di dalam negara.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga sedia mempertimbangkan pemberian biasisswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada pelajar jurusan diploma dan pelajar universiti melebihi umur 25 tahun.
"Banyak pihak lain juga menawarkan biasiswa (selain JPA kepada dua golongan itu) dan tidak terhad umurnya asalkan ada kelayakan dan sebagainya, cuma di peringkat JPA dasar sedia ada begitulah...,"katanya.
Ditanya mengenai kemampuan kerajaan menawan semula negeri ditadbir pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, Muhyiddin berkata terdapat banyak perubahan ketara berlaku di negeri-negeri pembangkang dan tidak menolak tsunami politik boleh berlaku di kubu kuat pembangkang di Kelantan.
Mengenai undian pos pelajar luar negara, beliau berkata satu mesyuarat mengenai pindaan undang-undang kepada isu itu akan dipengerusikannya esok, dan keputusan mengenainya akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat.
"Mengenai perkara ini Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang kita tubuhkan bersetuju supaya SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengambil langkah sewajarnya untuk bolehkan rakyat Malaysia di luar (negara) mengundi, tetapi sebelum itu kita perlu buat pindaan kepada undang-undang, ini belum selesai," katanya. - Bernama

1 comments:
Sudah terlambat. Sebagai orang muda, saya ingin bertekad untuk memilih pakatan rakyat. Ini adalah gara2 felda yang telah menyebabkan hutang ayahandaku sebanyak RM 115 K pada usia 67. Nak jadi apa! Baik jadi orang kampung. Sekian
Post a Comment