Saturday, November 10, 2012

MALAYSIAKINI KENA CAMDEK BAIK PUNYA OLEH TUN M.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini hilang sabar dan memerli pihak media yang melaporkan bahawa beliau mengarahkan Petronas untuk memberi kontrak carigali minyak kepada anaknya.

Kejadian berlaku apabila  seorang wartawan bertanya beliau tentang nepotisme melibatkan SapuraKencana Petroleum Bhd.

"Ya, sudah tentu. Dia memberinya sebab saya yang arahkan Petronas.

"Sila letakkannya di akhbar kamu," katanya.

"Sudah tentu. Saya beritahu kepada mereka (Petronas), sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain," kata bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menerima anugerah kehormat dari Institut Perancangan Malaysia (IPM) di Hotel Renaissance hari ini.

Sebelum itu, penganjur acara telah memberitahu media untuk bertanya soalan tentang perancangan bandar atau sebarang topik yang melibatkan IPM.

Tetapi Dr Mahathir bersetuju untuk menjawab tentang kenyataan seorang ahli parlimen pembangkang tentang kenyataannya berkaitan dengan agama Islam.

Selepas soalan tersebut, seorang lagi wartawan bertanya apakah ada "perselisihan kepentingan" dalam kontrak bernilai RM836 juta kepada SapuraKencana Petroleum Bhd, di mana anaknya Datuk Mokhzani Mahathir adalah timbalan pengerusi eksekutif.

"Itu yang selalu saya buat," kata Dr Mahathir lagi.

"Semasa saya menjadi perdana menteri, semuanya saya beri kepada anak saya.

"Tetapi bila semua pergi ke anak perdana menteri yang lain, kamu tidak mahu menyebutnya sebab dia orang yang baik, begitu?" katanya sambil tersenyum.

Dr Mahathir kemudiannya menjawab soalan lain.

Menurut laporan Reuters minggu lalu, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd, anak syarikat SapuraKencana Petroleum, telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan selama tiga setengah tahun oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Sebuah lagi anak syarikat, Kencana HL Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak bernilai RM135.8 juta untuk kontrak kejuruteraan dan pembinaan dari HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di Kamelia Field di North Malay Basin.

Kedua-dua kontrak telah diumumkan dalam memfailkan pertukaran saham pada Khamis lalu.

Sumber: mynews.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails