Perkara sabotaj parti bukan baru, perkara ini pasti ada, jangan main wayang sangat. Didepan PM kata akan buat kerja, tapi di belakang sedang rancak menyusun strategi untuk mencantas calon calon yang telah di ketengahkan kepada pucuk pimpinan pusat.
Pembangkang tak kuat mana pun, tapi orang dalam sendiri akan jatuhkan calon. Ini telah memudahkan pembangkang mendapat undi sabotaj. Ada parlimen hitam perlukan 5 peratus saja pengundi atas pagar dan pengundi pembangkang yang mula sedar BN pilihan terbaik untuk menang, tapi nak kalah pun ada potensi kalau 10 peratus ahli2 parti sabotaj. Fakta peratusan berdasarkan kajian sikap pengundi di parlimen tersebut.
Artikel dari bernama
Kekalahan calon Umno pada pilihan raya umum lepas adalah kerana faktor sabotaj di kalangan ahli parti yang turut menjadi antara punca yang menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mendapatkemenangan dua pertiga, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
"Inilah maklum balas yang saya terima berdasarkan tinjauan saya ke 80 peratus tempat di Malaysia ini termasuk kawasan (dilabelkan) "hitam mahu pun putih".
"Janganlah ada sabotaj lagi. Kita perlu dahulukan parti dan bukannya kepentingan periuk nasi sendiri," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Jelasnya ada tiga faktor wujudnya virus sabotaj ini iaitu sabotaj kerana tidak suka kepada calon yang dipilih, sabotaj kerana tidak dicalonkan dan sabotaj kerana tidak setia kepada parti dan tiba-tiba ingin keluar dari parti.
Pemahaman bagi tiga faktor itu adalah, "Sebagai ahli parti, kita kena setuju pada calon yang dipilih, kena setia pada parti. Jangan ada budaya pangkah calonikut kaum sahaja sebab kita 1Malaysia.
"Kalau tidak jadi calon, banyak lagi rezeki dan tidak salah untuk terus menyokong kepimpinan tanda taat setia kepada perjuangan parti," katanya.
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, perhimpunan agung Umno nanti perlu dijadikan medan pertempuran terakhir dan digunakan sebaik-baiknya oleh anggota Umno untuk menghapuskan terus virus sabotaj daripada terus menular di dalam parti yang menyatukan kaum Melayu ini.
Beliau turut mendedahkan majoriti perwakilan pada perhimpunan itu adalah'winnable candidate' atau "calon boleh menang" dan juga boleh menjadi 'pembawavirus sabotaj'.
Ahmad percaya perhimpunan agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang bermula 27 Nov hingga 1 Dis ini sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti.
Katanya jurucakap negeri dan perwakilan yang telah dilantik parti perlu menjelaskan sejauh mana program turun padang yang dilakukan pemimpin mereka berkesan di akar umbi.
"Pimpinan pusat juga ingin tahu dan ingin maklum balas apa sebenarnya yang diperlukan perwakilan atau jurucakap bagi memantapkan jentera. Seharusnya mereka jelaskan apa respons akar umbi dan rakyat tentang program-program kerajaan.
"Selain itu, mereka juga perlu menjelaskan persiapan kawasan masing-masing menghadapi PRU selain membuktikan apa yang telah mereka lakukan sebagai tanda setia kepada parti. Jangan ada yang tidak setia seperti tokoh dan ahli-ahli sebelum ini," katanya.
Ahmad turut mencadangkan agar ahli Umno memperbaharui ikrar tanda taat setia kepada parti semasa perhimpunan tersebut. Baginya perhimpunan kali ini juga penting untuk memastikan jentera parti bersiapsiaga dalam memastikan Umno membantu BN kembali kepada tradisi menang dua pertiga selain menawan semula negeri yang kalah dan menambah jumlah undi popular semasa PRU nanti.
"Seperti faktor A BA TA, iaitu A - agama Islam, BA - bangsa dan TA - tanah air. Maka faktor ABATA ini perlu tersemat dalam setiap ahli Umno jika inginkan negara terus diterajui BN pada masa depan," katanya.
Ketika ditanya senjata tambahan Umno selain perhimpunan agung ini, Ahmad berkata barometer Umno juga ada pada pengundi baharu dan ini terbukti pada pilihan raya kampus di mana pro-aspirasi memenangi banyak kerusi berbanding pro-pembangkang.
"Pemikiran pengundi baharu khasnya dari belia penting kerana mereka ada wawasan jangka panjang dan bukan singkat ini boleh membantu jentera kita pada PRU nanti," katanya. BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment