Sunday, November 25, 2012

PREVIEW FILEM LAGENDA BUDAK SETAN 2 BERSAMA @maya_karin


Filem yang di tunggu oleh aku. akhirnya akan muncul di pawagam pada 29hb Nov 2012. melihat filem romatik ini memang aku nak kata best selepas filem ombak rindu. secara peribadinya aku memang tidak akan melepaskan peluang menonton filem2 lakonan artis kesayangan aku MAYA KARIN. 

filem  ini menceritakan tentang kehidupan Kasyah lakonan Farid Kamil selepas kematian Ayu pada filem pertama dulu dan sambungannya pula  Kasyah bakal bertemu dengan Katerina lakonan Maya Karin, seorang gadis yang telah mencuri hati Kasyah. 

perasaan cinta itu mula datang kerana katerina selalu bersama kasyah, tetapi malangnya mendapat tentangan dari keluarga katerina. mana mungkin keluaga katerina dapat lupakan kisah lama kerana kasyah berkahwin dengan ayu, katerina hampir membunuh diri. 

konflik cinta tiga segi mula berlaku lagi sekali bila hisyam pulak datang dan menggangu hubungan kasyah dan katerina. dalam pada waktu yang sama keluarga katerina cuba memasang perangkap mengupah zahirah untuk menggoda kasyah. perkara ini telah di hidu oleh katerina. lalu mengambil keputusan untuk bersama hisyam tujuannya untuk membalas dendam terhadap kasyah. 

perhhh memang gila lah kalau tengok filem ini. aku tak akan cerita semua, biar bagi suspen, biar semua kaki wayang mengedik  nak kena juga pi tengok. 

nak tahu apa terjadi selepas itu, jom kita pakat ramai ramai pi tengok filem LAGENDA BUDAK SETAN 2 di pawagam .

photo maya karin semasa preview filem lagenda budak setan 2


aku melihat matahari terbit dan terbenam setiap hari, tetapi kecantikan mu tetap ku nantikan. luv u maya..!!! 


0 comments:

Related Posts with Thumbnails