Bagaimana nak jadi pemimpin terhormat, satu malaya menjelajah dengan bas mewah JELAJAH MERDEKA RAKYAT kata pakatan akan menuju ke putrajaya, mengajak rakyat yakin kemenangan di pihak mereka. tetapi diri sendiri tak yakin sehingga terpaksa mengajak negara Australia pulak datang.
anwar ibrahim lupa kah kemenangan dia di permatang pauh kerana rakyat yang memilih dia, bukannya negara luar, dia lupakah dia menang kerana SPR tulus, kalau SPR menjadi barua UMNO. SPR pun tak hingin lah nak bagi menang wan azizah di parlimen itu sejak tahun 1999.
Sebenarnya anwar ibrahim tahu perkara ini tidak akan berlaku. tetapi dia sengaja meminta pihak luar datang masuk campur bagi menyakinkan rakyat sememangnya piliharaya tidak bersih dan tulus.
di atas pentas bergegar KITA LAWAN TETAP LAWAN. kalau dah rasa kuat hang jangan lari. jom kita lawan di parlimen permatang pauh. kami pun tak sabar nak kuburkan anwar ibrahim supaya senang hadi awang jadi perdana menteri. kalau mahukan hadi awang menjadi perdana menteri pengundi2 di permatang pauh mesti menangkan calon parlimen barisan nasional kali ini.
Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia bebas daripada penipuan dan rasuah dianggap sebagai memperlekeh serta memalukan negara dan rakyat.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan kurang bijak itu seolah-olah menjual maruah negara apabila meminta negara asing menguruskan demokrasi di Malaysia.
"Dengan kata lain, beliau memperlekeh kemampuan SPR dan menidakkan suara rakyat yang mengundi memilih kepimpinan negara. "Rakyat Malaysia yakin dengan proses pilihan raya Malaysia yang bakal memasuki edisi ke-13.
Keyakinan tersebut diterjemah dengan peratusan pengundi keluar mengundi hampir 80 peratus bagi Parlimen dan lebih tinggi untuk Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - utusan
0 comments:
Post a Comment