aku hari nie nak bercerita sikit tentang cinta cyber nie, baru baru nie aku pergi ke kedai mamak untuk membeli rokok sambil tu aku bacalah tajuk tajuk penting pada buku buku yang di jual luar kedai. dalam banyak banyak paper. majalah aku baca...tiba tiba aku terpandang satu buku nie yang bagi aku tajuk nya agak menarik iaituSEKS SIBER (BUKTI CINTA + HILANG MALU = TERIMA PADAH) antara tajuk yang ada dalam majalah REMAJA BIL:486 keluaran 15 NOv,2006.
Di antara petikan cerita cerita didalam majalah REMAJA :-
"Tinggal berjauhan juga membuatkan kami semakin kreatif untuk mencari jalan agar kami berasa lebih dekat antara satu sama lain.Suatu hari, ketika saya sedang ber chatting menggunakan "YahooMessenger", saya membuat kejutan kepada Haikal dengan menghantar visual diri saya menggunakan webcam. Saya memang gembira sebab dia boleh melihat saya dengan jelas. Selepas itu, Haikal juga turut mengikut jejak langkah saya menggunakan webcam setiap kali kami online. Sekurang-kurang terubat sedikit perasaan rindu kami berdua."Cerita Nadia
Menurut Nadia, semenjak menggunakan webcam sebagai alternative semasa berbual, perhubungannya dengan Haikal juga semakin rapat walaupun hakikatnya mereka berjauhan. Malah setiap hari sehingga lewat malam dia sanggup bersengkang mata untuk terus berbual dengan Haikal.
"Suatu hari Haikal menyatakan dia terlalu rindukan saya. Terutamanya rindu melihat tubuh saya. Saya faham maksud nya. Dia meminta saya mendedahkan tubuh dan dia boleh melihatnya dari sana. Pada mulanya saya tidak bersetuju dengan permintaannya itu kerana takut orang lainnya, namun akhirnya saya akur dengan pujukan dan rayuan Haikal. Demi kasih dan cinta terhadapnya, saya sanggup melakukan apa sahaja,asalkan dia setia dengan saya.
Itu lah salah satu sebahagian petikan dari majalah REMAJA tersebut yang mana telah memberi perhatian kepada aku untuk terus membelinya,ada lagi cerita yang menarik di dalam tu 11 mukasurat semuanya. Ada tiga kes di dalam tu…dan selebihnya ada lah dari sudut pakar motivasi dan pakar agama, mereka nie memberi komen komen ke atas tiga kes itu. Tapi aku hanya memetikkan hanya salah satu kes sahaja…kerana aku juga pernah mengalami pengalaman seperti itu.
Setelah aku baca….baru lah aku faham…kerana cinta, kerana kasihnya dia pada teman lelaki dia sanggup melanggar prinsipnya, cerita ini berlaku tidak kira pada sesiapa pun, malah yang dah bersuami pun sanggup melakukan perkara terkutuk macam nie.
p/s: ini posting lama yang tak keluar sejak dari tahun 2008,
p/s: ini posting lama yang tak keluar sejak dari tahun 2008,
0 comments:
Post a Comment