Ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin semasa ucaptama perasmian serentak persidangan agung umno wanita, pemuda dan puteri begitu membakar semangat kepada semua yang ada didalam dewan malam tadi.
ini lah yang ahli ahli umno mahukan dari seorang pemimpin no 2 berucap dengan penuh tajam dan sinis walaupun dalam nada lembut. seolah olahnya TPM mahu melepaskan geram terhadap parti pembangkang pas, pkr dan dap
di permulaan ucapan nya beliau membawa semua yang hadir untuk mengimbau bagaimana negara lain menggunakan sistem perkongsian kuasa di negara2 jajahan british. tetapi ianya tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan kerana perbalahan sesama kaum dalam satu negara, sebagai contoh negara sri lanka rakyatnya merusuh, perang saudara, kemusnahan dan mundur. negara myammar juga menerima nasib yang sama, orang rohigya sendiri menganggap neraka dunia.
pemerintahan kerajaan barisan nasional selama 55 tahun telah membuktikan perkongsian kuasa antara parti komponen didalam nya telah memarmurkan negara, ini yang tidak ada pada pakatan. kerana soal siapa perdana menteri mereka pun masih berbalah.
mereka menggunakan agama dan perkauman untuk menarih undi, pas menuduh umno sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.
dap pulak cuba menghasut mic, mca dan gerakan dan parti sahabat umno sebagai pak turut , mereka menuduh parti lemah, parti DAP juga menuduh umno parti perkauman bagi membangkitkan kebencian yang amat mendalam bagi orang bukan melayu terhadap umno.
PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.
dalam pantun tan sri yang best ialah Sutera dilipat habis dicuci Tersimpul kemas di dalam laci Kalau hati berkarat benci Terpacul di mulut nista dan caci , memang tepat sekali. kalau dah benci sampai tulang hitam begini lah sikap mereka.
tan seri terus mengasak dan membenam segala tohmahan parti pembangkang bahawa pakatan memang tiada persefahaman dan muafakat untuk memimpin negara. ucapan begini lah yang nak dengar. aku yang berada di dewan begitu teruja dan sesekali ketawa bila mendengar terjahan oleh tan sri.
ayuh semua perwakilan yang hadir malam tadi guna lah idea2 dalam ucapan tan sri untuk mematah segala tohmahan pembangkang, agar pihak yg berkenaan boleh kembali dan yakin kepada kerajaan barisan nasional

0 comments:
Post a Comment