Friday, October 19, 2012

SISTEM AES: PEMIMPIN POLITIK JANGAN TUNJUK HERO...!!! @NajibRazak @Khairykj

sejak seminggu ini terlalu banyak kata kata yang membangkang sistem AES, ada yang menyokong dan sebaliknya, dari pemerhatian arab sendiri baik di pihak penyokong BN dan pembangkang semuanya nak bercakap isu kononnya tidak mahu menganiaya pengguna jalanraya.

Kerajaan bukannnya zalim dan kejam. bagaimana ada pihak boleh mengeluarkan angka sistem saman camera AES itu akan mengutip 170juta saman setahun ????  kalau benar lah setahun 170 juta saman darab dengan saman maksimun rm 300, kerajaan boleh mengutip sebanyak RM 510juta setahun. 

kalau kita tengok saja jumlah itu mahu berpinau mata kita di buatnya. Jika orang kampung tengok angka ini pulak nak kira dengan jari tangan dan kaki pun tak cukup punya lah banyak. APA KESANNYA. rakyat akan  mula mengeluh. kerajaan cekik darah rakyat, kerajaan sembelih leher rakyat belum sempat mengucap.

di tambah lagi dengan cerita, dua syarikat yang mengendalikan sistem ini ada lah kroni BN. maka oleh itu pembangkang akan main isu ini bahawa kerajaan sedang membuat untung dan mengkayakan kroni kroni BN.

di dalam ceramah siri jelajah membohongi rakyat baru baru ini di seberang jaya. lim guan eng telah menghasut rakyat dengan isu AES. dia telah mengeluarkan angka jutaan ringgit bagi mengelirukan rakyat  dan bagi arab sendiri kenyataan lim guan eng ini adalah satu yang tidak bertanggungjawab.

kesimpulan arab di sini mudah saja, jangan menipu rakyat, jangan menakutkan rakyat, jangan mengelirukan rakyat. pemimpin pemimpin parti kerajaan dan pembangkang mesti bersikap bertanggungjawab dan bukannya sebaliknya kerana mahu popular di dalam politik, 

arab sendiri pada mulanya tidak setuju, tetapi percaya apa saja yang kerajaan buat mesti ada kebaikan bukan keburukan kepada rakyat. 

sistem AES ini baru saja di perkenalkan, biar lah rakyat tengok keberkesanan nya dulu, pemimpin2 politik jangan cuba nak tunjuk hero,  kalau benar lah apa yang di katakan saman saman yang bakal di kutip boleh mengkayakan dua syarikat kroni BN. rakyat mesti tahu macamana nak mengajar dua syarikat itu. jangan nak salahkan kerajaan. 

di fahamkan kesalahan pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya akan di saman maksimun RM300. duit itu akan di bahagi dua pulak antara JPJ dan dua syarikat konsesi yang memegang kontrak tersebut. 
cuba bayangkan kalau semua pemandu di jalan raya cukup berhemah dan mengikut peraturan. tiada saman di keluarkan. bagaimana JPJ nak saman pemandu kalau semua ikut peraturan dan bagaimana dua syarikat konsesi itu nak kaut untung kalau tiada saman di keluarkan.  ini lah yang di katakan pengguna jalan raya yang bijak.  
jesteru itu, maka kemalangan jalanraya boleh di kurangkan, tiada lagi tangisan keluarga menanti mayat di hospital. secara tak langsung kerajaan BN telah berjaya mendidik rakyatnya memandu mengikut peraturan. 

apakah ini salah kerajaan jika perkara ini boleh menjadi kenyataan ????? 

AES yang diguna dengan meluas di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, merupakan sistem di mana kamera dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. 

Dianggarkan 3,000 kamera akan dipasang di seluruh negara dengan lokasinya telah dikenalpasti oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institiut Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

BERHATI HATI LAH DI JALANRAYA,
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
KENA SAMAN ...LU FIKIR LAH SENDIRI..!!!!!

KLIK SINI APA ITU SISTEM AES

0 comments:

Related Posts with Thumbnails