Saturday, October 27, 2012

MCA TELAH DI PERBODOHKAN OLEH SUARA MEDIA MEREKA SENDIRI...

Baru-baru ini dalam ucapannya kepada perwakilan di perhimpunan agung tahunan MCA, Chua Soi Lek mendakwa partinya sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan DAP. 

Beliau juga mengutuk sikap Guan Eng yang gemar memanggil sidang akhbar serta mengeluarkan kenyataan media. Dr Chua membayangkan Guan Eng lebih sudu dari kuah, iaitu seorang pemimpin yang hanya pandai menyembur air liur. 

Sebenarnya sidang akhbar ketua menteri itu tidak diberi apa-apa liputan oleh Utusan and NST kerana kedua-dua akhbar tersebut telah digam oleh Guan Eng. Ianya jentera MCA sendiri yakni The Star yang menelan semburan air luir Guan Eng and konco-konco evangelistanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails