Friday, October 19, 2012

NO 1 -10 HARI: 21 JAM 14 MINIT DI PINTU AJAL

pengalaman dan pengembaraan angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha pada tarikh 10 Oktober 2007 dengan kapal angkasa SOYUZ TMA-11 milik Russian Federal Space Agency telah di angkat menjadi sebuah filem 3D  berjudul No 1-10hari : 21jam 14 minit Di Pintu Ajal dan bakal menemui penonton pada awal tahun 2013 . 

Filem terbitan Northstar Acres milik Imran Ismail dan Vegapec Builders milik abangnya, Sheikh Taufik Shukor ini sememangnya berlainan daripada filem yang ada kerana menampilkan beliau sebagai satu-satunya pelakon tunggal. Baginya, itu sudah memadai untuk menterjemahkan apa yang berlaku agar sampai kepada penonton. 

“Niat saya hasilkan filem ini supaya setiap rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman saya dan bangga dengan apa yang berlaku.  paparan filem ini lebih memaparkan kebesaran Allah agar menjadi renungan bersama terutamanya pemandangan bumi ketika berada di angkasa lepas. “Penonton akan rasa seolah-olah mereka sendiri berada di sana.

filem ini telah di arah oleh imran haji ismail  filem ini akan melalui proses penambahbaikan dengan teknik CGI dan 3D sebanyak 30 peratus daripada pengarah Alvis Gan. Antara yang dimasukkan ialah babak meteor berlanggar. Unsur suspens juga dimasukkan menerusi kesan bunyi menarik hasil sentuhan Jon Kenn Michael.

jom kita ramai ramai saksikan filem ini yang bakal mengegarkan panggung pada MARCH 2013

0 comments:

Related Posts with Thumbnails