KEPALA BATAS 17 Okt - Kerajaan negeri Pulau Pinang dilihat tidak sensitif dengan permasalahan rakyat dan mereka seolah olah menidakkan konsep amanah yang dipegang. Mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Oktober 2012, Dato Azhar menyatakan bahawa Wang Tabung Amanah Perumahan Bumiputra yang tidak dibelanjakan menggambarkan sikap sebenar Ketua Menteri yang menganiayai golongan bumiputera .
Sejumlah wang hampir RM 33 juta tidak dibelanjakan hasil dari penghapusan kuota perumahan bumiputra. Beliau menegaskan jumlah wang sebanyak itu boleh membina lebih dari hampir 1000 buah rumah kos rendah untuk bumiputra, katanya.
PHI difahamkan, Ketua Menteri Pulau Pinang masih lagi kurang jelas tentang istilah bumiputra. Bumiputra dalam konteks Malaysia bukan hanya Melayu semata mata tetapi suku kaum di Sabah dan Sarawak pun akan mendapat nikmat yang sama walaupun mereka menganut agama kristian.
sumber : PenangHariIni
0 comments:
Post a Comment