Wednesday, October 24, 2012

ASRI: PAS JANGAN BONGKAK SANGAT SOAL AGAMA..!!!

SHAH ALAM: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur PAS kerana menganggap pimpinannya begitu arif dalam agama sehingga tidak boleh ditegur sama sekali.

Asri berkata, kalau PAS terus beranggapan bahawa orang agama yang berkuasa politik tidak harus ditegur, negara akan menjadi lebih korup sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.

“Saya rasa ini satu masalah dalam PAS, masalah sekarang ini PAS belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.

“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk PAS... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian.

Asri juga mempersoalkan kesesuaian golongan ulama untuk memegang teraju politik, sesuatu yang diamalkan secara meluas oleh PAS dengan Murshidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan lebih dua dekad.

“Yang jadi ulama belum tentu mampu cakap politik. Ulama mungkin dia pandai bab munakahad jadi dia tidak boleh sentuh bab yang dia tidak tahu kerana agama tidak membenarkan menyentuh apa yang kita tidak tahu dan agama tidak membenarkan kita mengikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya.

“Jangan kamu ikut benda yang kamu tiada ilmu mengenainya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mendakwa budaya politik wang masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut.

“Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah ‘hulur’ ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit.

“Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat,” kata Asri. -antarapos

0 comments:

Related Posts with Thumbnails