Seiring cahaya rahmat bulan Dzulhijjah, bila ada langkah membekas lara, ada kata menusuk kalbu, ada tingkah mengoreh luka ,kupinta maafmu sedalam batinku.
Selamat Hari Raya Idul Adha 10 Dzulhijjah 1433 H
Minal Aidin Wal Faidzin
Mohon Maaf zahir dan Batin
HARI INI 26hb October 2012 Jumaat kita umat islam akan menyambut hari besar iaitu hari raya aidil adha atau hari ibadah korban untuk mengingat kisah Ibrahim yang menyembelih anaknya, dalam rangka mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah.
Namun, kisah Nabi Ibrahim mahu menyembelih anak sendiri ada sedikit musykil , mana mungkin Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu menyuruh seorang ayah untuk menyembelih anak kandungnya sendiri, semata-mata untuk menguji kesetiaan hambaNya itu?
maaf kan arab kalau posting kali ini boleh mengganggu fikiran pembaca blog setia arab. ianya hanya satu entri untuk memberi pendapat. kalau tidak betul dan salah mohon di perjelaskan.
Dalam kisah Al-Quran Nabi Ibrahim hanyalah diberi mimpi lalu anaknya nabi Ismail menafsirkan mimpi ayahnya itu sebagai perintah Tuhan. Sebagai anak yang baik dan soleh, tentu nabi Ismail menurut, menurut pemahamannya, mimpi ayahnya itu adalah perintah Tuhan. Ayah nya Nabi Ibrahim juga menafsirkan mimpi ini sebagai perintah. Ulama-ulama juga berkata bahwa mimpi yang dialami oleh para nabi merupakan wahyu.
Namun, jika kita baca bukti dari Al-Quran kita sama sekali tidak menemukan di mana satu ayat sekali pun dalam quran mengatakan Allah telah memerintah Nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya sendiri, ianya hanyalah di sebut bahawa Ibrahim melihat dalam mimpi, bahwa ia telah menyembelih anaknya, lalu meminta pendapat anaknya tentang hal itu.
firman Allah dalam surah As-Shaffat ayat 102.
"Maka tatkala anaknya itu sampai ke peringkat umur yang membolehkan dia berusaha bersama-samanya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku. Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkan apa pendapatmu? Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintah kepadamu; insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
dari bukti ayat Al-Quran di atas, kita tidak boleh mengambil kesimpulan bahawa Allah telah memerintahkan Ibrahim untuk menyembelih Ismail anaknya. Ayat perintah sembelih anaknya tidak ada dalam al-quran yang ada hanyalah mimpi. arab ulangi kata nabi ibrahim dalam al -quran "wahai anak kesayanganku. sesungguhnya aku melihat DALAM MIMPI bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkan apa pendapat mu??"
kenapa Allah tukar kan nabi ismail dengan seekor kibas kalau itu di kata satu perintah , kerana nabi Ibrahim dan Nabi ismail telah percaya bulat bulat dengan mimpi tersebut dan ianya telah hampir atau nyaris menjadi satu kenyataan bahwa penyembelihan nabi ismail pasti akan berlaku, sebab itu lah Allah telah menukarkan nabi ismail dengan seekor kibas atau kambing dan dagingnya di beri kepada fakir miskin. Hikmahnya jelas: untuk mendekatkan diri kepada Allah (ber-taqarrub, dengan berkorban), kita harus menolong sesama manusia.
Allah sengaja memberi kan satu mimpi untuk melihat sejauh mana ketaatan nabi ibrahim dan pergorbanan seorang anak kepada bapaknya dan Allah.
apa saja yang arab ketengahkan hanyalah sebuah entri untuk kita sama sama memberi pendapat, mungkin apa yang arab nampak. pembaca blog tak nampak. dan kalau yang lain nampak mungkin juga arab tak nampak. mari lah kita sama sama memberi point yang jelas.
0 comments:
Post a Comment