Sunday, October 28, 2012

UMUM CALON AWAL TANDA BN BERUBAH MENGIKUT PILIHAN RAKYAT.

Hasrat Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan senarai awal calon bertanding menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan komponen itu sudah mencapai kata sepakat dalam pemilihan calon. 

Pensyarah Kanan Bahagian Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Zaini Abu Bakar berkata, perkara sebegini memerlukan kata persetujuan daripada kalangan ahli parti kerana BN mempunyai ramai calon berwibawa dan boleh memberi kemenangan kepada parti itu.

"Bukan mudah untuk mencapai muafakat di kalangan mereka kerana boleh wujud unsur sabotaj daripada kalangan pemimpin sendiri kerana merasakan diri mereka layak untuk bertanding seterusnya memberi kemenangan.

"Senario politik sekarang begitu berbeza. BN sebuah parti yang sudah lama dan banyak pengalaman. Ditambah dengan petunjuk semasa yang boleh menimbulkan keresahan kepada PR," katanya.

Katanya, melalui perkiraan semasa dan petunjuk itu, memberi lebih keyakinan dan kelebihan kepada BN.

"Pilihan Raya Umum 2008 banyak mengajar BN apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya. Dengan petunjuk seperti Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini, menguatkan iltizam mereka.

"Walaupun PRK tiada kaitan di peringkat nasional, tetapi ia beri satu respons daripada orang muda yang majoritinya masih berpihak kepada Pro Aspirasi," katanya.

Katanya, tindakan BN ini juga boleh mengurangkan unsur sabotaj bukan sahaja dari kalangan pemimpin, malah rakyat juga dapat mempromosi agenda seterusnya memberi keuntungan kepada BN.

sumber wartawan SH.

sesuai dengan peredaran zaman  Barisan Nasional telah berani berubah dan bersepakat untuk mengumunkan calon pilihanraya lebih awal. banyak kebaikan nya dari keburukan sebenarnya.  calon2 yang telah di umumkan  akan terus membuat kerja untuk kemenangan parti dan ini ada lah strategi persediaan awal untuk menghadapi pilihanraya nanti. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails