filem TANDA PUTERA sudah siap, hanya tunggu bila bila masa untuk di tayangkan. dijangka 13 september 2012 filem ini bakal menemui penonton di pawagam. ada desas desus dari sumber terdekat bahawa filem ini besar kemungkinan tidak akan di tayangkan kerana tekanan politik rasis DAP.
buku INTELOK. yang pernah panas satu ketika dahulu. tekanan oleh parti pembangkang menghasut kaum india kononnya didalam buku itu ada perkataan "PARIA" lalu bangkit lah semua kaum india untuk mempertahankan supaya buku itu di larang menjadi teks buku, teruk lah sampai terpaksa menerbitkan semula buku itu setelah di ubah ayat paria itu.
dua situasi di atas menunjukkan betapa hebatnya tekanan puak puak pembangkang mendesak dari soal filem dan buku teks sekolah.
Banyak pihak melihat jika filem tanda putera di tunda atau mungkin diharamkan masuk panggung demi menjaga hati pemimpin rasis dap sebenarnya kita terlalu lembut dan takut lagi bacul. tidak pernah dalam sejarah apabila filem telah diluluskan tayangan nya filem itu pasti akan menemui penonton mengikut tarikh syarat wajib tayang, tiada siapa berhak menghalangnya Tetapi yang berlaku kepada filem Tanda Putera adalah luar biasa. Kenapa?
Sekiranya filem ini tidak ditayangkan pada 13 September ini, secara tidak langsung ini mengiyakan tuduhan DAP bahawa filem ini memaparkan sejarah palsu. Dalam mendepani konspirasi politik begini, harap jangan ada pihak yang tersalah langkah dan masuk perangkap musuh. Filem yang dituduh memaparkan sejarah palsu ini mesti ditayangkan supaya rakyat boleh membuat penilaian. Memeram filem ini adalah menafikan kemampuan rakyat berfikir secara waras tentang negara, tokoh dan tragedi yang melibatkan mereka.