Pemuda Umno PP boleh membuktikan bahawa proses tender berdasarkan RFP(Request For Proposal) yang dibuat oleh Kerajaan negeri PP untuk projek penswastaan Bayan Mutiara bukan Tender Terbuka(open tender).
Berikut adalah fakta2 untuk membuktikannya;
1.Tender terbuka bermaksud proses tender satu peringkat sahaja yakni kadar harga yang ditawarkan oleh kontraktor adalah muktamad dan tiada rundingan seterusnya yang akan dibuat.
2.Manakala kaedah tender RFP pula adalah tender berperingkat "pelawaan untuk mengemukakan cadangan" yakni pemaju perlulah mengemukakan skop kerja,spesifikasi,terma,cadangan teknikal dan kewangan dan lain2 perkara yang dilihat dapat memberikan cadangan yang terbaik termasuk harga yg ditawarkan. Kaedah PEMANGGILAN tender boleh dibuat secara tender terbuka tetapi tertakluk kepada RUNDINGAN terhadap semua keperluan teknikal dan kewangan yang diprasyaratkan oleh Pemilik.
3.Berdasarkan penerangan mengenai dua kaedah tender diatas ,maka terbuktilah bahawa proses tender RFP yang digunakan oleh Kerajaan Negeri PP BUKAN tender terbuka,ini adalah kerana hanya proses pemanggilan tender dibuat secara terbuka dan proses seterusnya tidak dibuat secara terbuka.
4.Untuk memenuhi kriteria tender terbuka,semua proses2 seperti mempamerkan keputusan tender secara terbuka serta penilaian terperinci tender perlu dikendalikan oleh panel penilaian berdasarkan julat kadar harga tetap secara telus dan pemaju yg terbaik akan ditawarkan pada HARGA TENDER tanpa sebarang PROSES RUNDINGAN HARGA.
5.Dalam hal tender Bayan Mutiara,LGE sendiri telah memaklumkan bahawa beberapa perkara teknikal dan kewangan telah dirundingkan bersama pemaju untuk kononnya mendapat harga terbaik.Pada hakikatnya,proses tender RFP yang dilaksanakan oleh LGE hanya merupakan" terbuka" semasa "proses panggilan tender", proses lain semua adalah secara RUNDINGAN.
LGE mungkin tidak mendapatkan nasihat teknikal daripada perunding TEMPATAN sebelum melaksanakan tender tersebut bahawa mempamerkan tender dalam suratkhabar bukan satu2nya syarat untuk Tender Terbuka
Ir.Shaik Hussein Bin Mydin
KP UMNO PP
ARAB NAK KOMEN: u dont play play with shaik hussein,,,
0 comments:
Post a Comment