Tuesday, February 7, 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI PERINGKAT KADUN TELOK AYER TAWAR

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah peringkat kadun telok ayer tawar disambut meriah dengan kehadiran rakyat setempat bersama pemimpin pemimpin di semua peringkat seawal jam 7.30 pagi ahad lepas.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

pengarah majlis tuan haji aidi roslan(baju melayu kuning langsat)
pengarah majlis ini iaitu tuan haji aidi roslan bin khalim ahli jawatankuasa umno bahagian telah berjaya mengadakan perarakan maulidur rasul pada tahun ini. majlis perasmian nya pulak ialah yb dato jahara binti hamid adun telok ayer tawar

Turut hadir sama adalah Ketua pemuda umno bahagian, sdr hasbul hazani dan ahli jawatankuasa peringkat kadun, ketua puteri umno bahagian merangkap ketua puteri umno pulau pinanng, cik hafizah, setiausaha umno bahagian, sdr zambri che ros

Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan bermula dari surau taman tun dr awang bagan ajam mengelilingi pekan bagan ajam dan kembali semula ke taman tun sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

20 cawangan umno di peringkat adun telah mengambil bahagian dalam perarakan majlis tersebut

Sebanyak 26 kontijen yang terlibat dan dianggarkan seramai 500 orang yang mengikuti perarakan ini. Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan iaitu belia 4B kampung contoh bagan ajam

yb ustaz shabudin yahya memberi ceramah
selepas perarakan majlis di teruskan dengan ceramah yang di sampaikan sendiri oleh ketua umno bahagian tasek gelugor ustaz shabudin bin yahya. dan dalam majlis itu juga di sampaikan anugerah tokoh maulidur rasul, 7 khairiah yang berada di kadun telok ayer tawar telah memberi percalonan
tokoh maulidur rasul dari khairiah bagan lebai tahir menerima anugerah dari ustaz shabudin yahya
ahli jawatankuasa majlis yg di pimpin oleh tuan haji aidi roslan bergambar bersama tokoh tokoh maulidur rasul seramai 7 orang dan adun telok ayer tawar yb dato jahara binti hamid

0 comments:

Related Posts with Thumbnails