Friday, February 3, 2012

AZURA 2012 KERANA ADA NEELOFA...!!!




filem yang ditunggu-tunggukan, Azura 2012 telah pun di tayang. semalam arab dah pergi tengok filem itu. ternyata Filem arahan Aziz M. Osman ini menampilkan lakonan mantap Neelofa dan Shahz Jaszle selain dibantu oleh Afdlin Shauki dan Erma Fatima tidak menghampakan aku.

Azura 2012 diselitkan babak-babak percintaan, kekecewaan, pergolakan rumah tangga, dendam dan kisah kekeluargaan yang tentunya membuat hati penonton tersentuh.

Walaupun Azura 2012 merupakan produk pertama Neelofa, namun lakonannya filem itu memang boleh dipuji. Dia menjiwai watak yang diberi, dan aku memang tak menjangkakan ‘outcome’ sebegitu daripada orang baru. Dan lagi satu, Shahz Jaszle terlampau jambu untuk menjadi hero 

Plot cerita lambat berkembang sampai yang kekadang membuat arab resah. Kemudian, ada beberapa babak yang seakan tak logik sehinggakan ketika didalam panggung semalam berkata " tak logik sungguh" Mengenai pelakon pula, mereka memang okay, tiada masalah daripada segi penghayatan 

apa yang paling arab suka ialah skrip yang di lontarkan setiap pelakon sungguh menarik tahniah arab katakan kepada penulis skrip filem azura 2012 iaitu aziz m.osman. 
arab tidak dapat menafikan kekuatan filem ini adalah kerana NEELOFA, kecantikan yang cukup luar biasa yg di miliki oleh pelakon ini sungguh membuat arab teruja. 

di malaysia ini telah menjadi biasa lah bagaimana seseorang pelakon cantik di perguna pakai untuk melariskan filem melayu. pengarah memang tidak dapat lari dari isu ini. sebenarnya neelofa terlalu cantik, adalah lebih baik jika ianya tidak di tonjolkan scene atau close up yang begitu rupa di dalam filem, neelofa tak perlu make up cantik cantik kalau di dalam filem wataknya hanya seorang perempuan biasa, 

aflin shauki sebagan tan sri puteh juga memang hebat, walaupun scene nya tak banyak tapi setiap kemunculannya menjadi satu impak yg besar dalam filem itu. 

mari kita ramai ramai tengok filem azura 2012 yang tidak mengecewakan. arab boleh katakan filem romantik ini boleh di banggakan. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails