Thursday, February 9, 2012

BERANI KAH ANWAR NAK SAMAN DATO T, UMMI HALFIDA ????

PERMATANG PAUH - Demi membersihkan namanya yang tercalar dengan pelbagai tuduhan, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyaman tiga pihak untuk menyelesaikan kemelut yang memalukan itu. 

Bekas Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip berkata, tiga pihak itu ialah Datuk Eskay Abdullah, Ummi Hafilda Mohd Ali dan akhbar berpengaruh Wall Street Journal edisi Asia. 

Beliau berkata, Eskay adalah orang yang bertanggungjawab mendedahkan bahawa individu atau pelaku yang terlibat dalam video seks dengan ‘China Doll’ ialah Anwar, termasuk membuat sumpah di dalam sebuah masjid di Wilayah Persekutuan bagi mempertahankan kenyataannya.

"Ummi mendakwa Anwar berzina dengan kakaknya iparnya. Wall Street pula melaporkan kenyataan Anwar yang menyokong segala langkah untuk menjamin keselamatan rakyat Israel walaupun beliau menyatakan kenyataan itu tidak tepat.

"Sebagai seorang yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak boleh berdiam diri atau sekadar hanya menjawab di pentas ceramah. 

“Dia perlu tampil membersihkan dirinya dengan mengheret individu terbabit ke muka pengadilan dengan segera dengan memfailkan saman malu," katanya pada sidang media di sini petang ini.

SUMBER : SH

berani sangat kah anwar ibrahim itu, ahli parlimen permatang pauh tak sudah sudah nak menipu pengundi permatang pauh.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails