Wednesday, February 15, 2012

SELANGOR TIDAK TOLEH LAGI KE BELAKANG..

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta. 

Setiausaha BN Selangor Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas. 

"Mohd Zin yang juga Ahli Parlimen Sepang akan memperincikan lagi gerak kerja parti secara lebih menyeluruh supaya dapat memenangi hati rakyat untuk dipilih mentadbir semula negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 kelak," kata Mohamed Idris dalam satu kenyataan Selasa. 

 Mohd Zin sebelum ini mendapat keyakinan dan kepercayaan Perdana Menteri apabila dilantik sebagai Pengarah Operasi Jentera Pilihan Raya BN negeri awal tahun lepas, katanya. BN kini menguasai 21 kerusi berikutan pilihan raya umum lepas. BN memerlukan sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

0 comments:

Related Posts with Thumbnails