Saturday, February 11, 2012

BERSAMA MU: OKU YANG TERLEPAS PANDANG

Abu Samah  harus mendapat pembelaan, di fahamkan dia telah memohon bantuan jabatan kebajikan sejak tahun 2009, tapi sehingga sekarang dia tidak pernah mendapat jawapan atau apa apa bantuan.

ini ada lah satu kes OKU yang terlepas pandang, jangan sampai bila dia pergi memohon bantuan di gereja baru lah orang kita nak melompat macam beruk mak yeh.

ini lah akibatnya kalau terlalu banyak birokrasi di dalam jabatan dan dari pihak pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga hal hal kebajikan OKU. 

lelaki malang ini bernama abu samah. berumur 40 tahun, tinggal di pokok sena kepala batas. kecacatan kekal fizikal yang beliau hadapi sejak dia mengalami demam panas pada tahun 2009. sekarang ini dia mengharapkan sumbangan orang ramai hingga sanggup datang jauh ke seberang jaya.  

kes ini wajid di pandang serious oleh pemimpin2 masyarakat,

segala maklumat mengenai pemuda ini ada dalam simpanan arab, dan akan membawa kes ini ke pihak berkenaan agar di percepatkan segala bentuk bantuan yang patut di terima oleh golongan OKU.







0 comments:

Related Posts with Thumbnails