Tuesday, November 27, 2012

ANWAR IBRAHIM MAHU KL JADI NO 1 KOTARAYA DEMONTRASI...#PAU2012

Anwar ibrahim mesti sakit mata dan hati sampai ke tulang hitam bila membaca lagi sekali negara malaysia mendapat nama di mata dunia.

Nasib baik lah kuala lumpur no 4 kotaraya terbaik membeli belah, kalau tersenarai sebagai kotaraya terbanyak mengadakan demontrasi sudah tentu anwar orang yg paling gembira.

Kuala Lumpur disenaraikan sebagai kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global CNN, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London.Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

"Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman. "Kuala Lumpur meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian dan 10 mata bagi pengalaman," tambah beliau. New York meraih 35 mata, diikuti Tokyo (34) dan London (31).

Dr Ng berkata, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.

Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland. -BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

Unknown said...

Memang itu yang Anwar nak, kalau mereka kalah mereka akan salahkan kerajaan,SPR dengan mengatakan PRU13 ada penipuan, kemudian anuar akan canangkan kepada dunia, PRU13 ada penipuan dan ini disokong oleh PAS dan DAP. Kemudian perasaan dan simpati rakyat akan diRAIH untuk memberontak lepas mulalah detik pertama igauan ANUAR ingin melihat Melayu dan Malaysia hancur luluh keharmonian yang telah dilalui selama 56 tahun. Keadaan kucar-kacir inilah yang dinanti-nanti oleh anuar. Manakala PAS pula akan tersentak dari MIMPI. Pada masa itu semuanya telah terlambat.

arab said...

Ya saya setuju sgt,,
Terima kasih membaca blog dan komen,

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts with Thumbnails