Tuesday, October 30, 2012
PAS TAK HAIRAN DENGAN BAS PKR DAN TRAILER DAP...!!!!
Monday, October 29, 2012
PAS USAH BERANGAN DENGAN HUDUD. DAP UGUT PAS
Namun kenyataan Nasrudin bagaikan menyergah harimau sedang tidur apabila dengan pantas disanggah Karpal yang juga Pengerusi DAP, menekankan bahawa pendiriannya dan DAP tetap tegas menentang sebarang usaha untuk melaksanakan hudud. Beliau juga turut menegaskan bahawa agenda negara Islam tidak pernah dibincangkan mahupun termaktub dalam terma-terma persepakatan Pakatan Rakyat yang hari ini mempopularkan istilah Negara Berkebajikan.
Hakikatnya umum maklum bahawa DAP sebagai parti sekular amat konsisten sejak dari dulu sehingga kini tidak pernah berkompromi dengan ideologi perjuangan Islam. Malah ketika Pas bersama UMNO dan parti-parti komponen lain dalam Perikatan pada 1973, DAP kekal sendirian memperjuangkan ideologinya yang kekal sehingga ke hari ini.
Persoalannya apakah asas sebenar Pas bersama dengan sebuah parti yang bukan sahaja tegar menentang perjuangan dan prinsip-prinsip kenegaraan Islam bahkan konsisten sejak dulu tidak berkompromi dengan sebarang agenda hudud dan negara Islam sebagaimana yang menjadi teras
Kalau kita menelusuri hujah-hujah pemimpin Pas termasuk jawapan Nasrudin Tantawi dalam sesi perdebatannya dengan Fathul Bari, ternyata Pas sering menggunakan alasan ‘tahaluf siyasi’ sebagai asas kerjasama mereka dengan DAP. Tahaluf siyasi bolehlah difahami dengan maksud kerjasama politik antara orang Islam dengan orang kafir.
Prinsip tahaluf siyasi ini banyak diperdebatkan ulama-ulama silam dalam disiplin ilmu Islam khususnya siyasah syar‘iyyah atau ilmu politik Islam. Ia juga termasuk dalam aspek ijtihadi atau perkara-perkara yang diperselisihkan di kalangan ulama. Hukum asal persepakatan dengan bukan Islam ini dalam perbincangan siyasah syariyyah adalah ‘al-bara’ iaitu berlepas diri daripada perbuatan golongan bukan Islam yang mensyirikkan Allah dan sebarang pencabulan terhadap hak-hak Allah. Malah sesetengah ulama mengharamkannya berasaskan beberapa dalil syarak sebagaimana diungkapkan dalam al-Quran:
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). (Ali-’Imran: 28)
ayat ini jugalah yang seringkali dikumandangkan oleh para penceramah Pas satu ketika dalam menghujahkan bahawa UMNO telah jatuh kepada kekufuran lantaran bekerjasama dengan MCA dan MIC dalam membentuk Perikatan dan Barisan Nasional. Namun sejak akhir-akhir ini ayat seperti ini tidak lagi kedengaran dibacakan lantaran mereka sendiri kini membentuk pakatan dengan bukan Islam demi menjatuhkan Barisan Nasional dalam pilihan raya.
Sebab itulah kita harus berhati-hati dalam menghukum sesuatu perkara. Setiap ayat al-Quran yang dibaca tidak boleh sewenang-wenangnya ditafsir dan dijadikan hujah bagi memenuhi selera politik masing-masing. Harus difahami konteks ayat yang dibacakan terutamanya yang melibatkan hukum-hakam. Apatah lagi melibatkan aspek ijtihadi yang berkaitan siasah yang banyak terkait dengan pelbagai prinsip-prinsip fikah seperti mengambil kira kemaslahatan rakyat, kemudaratan, keadilan dan lain-lain.
Berbalik kepada isu kerjasama politik atau kaedah tahaluf siyasi, ulama fikah hakikatnya mempunya pandangan yang berbeza-beza mengenai hukumnya. Ada yang secara tuntas mengharamkannya dan ada pula yang mengharuskannya dengan syarat-syarat yang amat ketat.
Antara yang mengharuskan termasuklah pandangan ulama-ulama daripada Mazhab Hanafi seperti yang mengatakan bahawa tahaluf adalah termasuk dalam urusan pemerintah yang perlu mematuhi beberapa syarat ketat antaranya hukum Islam yang mendominasi, bekerjasama dengan orang kafir yang boleh dipercayai, tidak boleh menjadikan mereka berada di barisan hadapan dan hendaklah dalam persepakatan tersebut umat Islam yang menjadi majoriti.
Jika ditelusuri syarat-syarat yang digariskan dalam prinsip tahaluf siyasi sebagaimana ditetapkan oleh ulama yang mengharuskannya, ternyata kerjasama Pas dan DAP masih boleh dipertikaikan keabsahannya. Manakan tidak, jika syarat dominasi dijadikan kayu ukur, berasaskan komposisi kerusi yang dimenangi Pas dalam Pakatan Rakyat, Pas hanya mempunyai 22 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen ketika ini.
DAP adalah parti dominan kerana memiliki 29 kerusi Parlimen dan PKR kedua dengan memenangi 23 kerusi Parlimen. Justeru Pas sebagai parti yang membawa aspirasi Islam bukanlah merupakan parti majoriti. Sebaliknya DAP selaku parti sekular yang jelas dan konsisten menentang hudud dan konsep Negara Islam dari dulu sehingga ke hari ini merupakan parti majoriti yang mempunyai suara dominan dalam kerjasama politik atau tahaluf siyasi Pakatan Rakyat.
Ini berbeza sama sekali dengan UMNO sebagai parti Melayu Islam yang masih menjadi teras persepakatan parti-parti dalam Barisan Nasional. Dalam Pilihan raya Umum ke-12 lalu, UMNO memenangi 78 kerusi dan merupakan parti dominan dan majoriti dalam Barisan Nasional yang memiliki 137 kerusi Parlimen. Parti MCA yang mewakili kaum Cina hanya mempunyai 15 kerusi, manakala MIC yang mewakili India empat kerusi. Lain-lain parti komponen berkongsi
Mungkin berpijak atas hakikat inilah DAP seolah-olah dilihat berjaya melunakkan Pas untuk tidak lagi menyebut mengenai hudud bahkan turut berjaya merubah agenda perjuangan Pas daripada memperjuangkan slogan negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Malah Presiden Pas, Hadi sendiri terpaksa menerangkan bahawa Negara Islam tidak pernah disebut dalam al-Quran. Bahkan ketika beliau diberi peluang oleh Allah untuk menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, pernah menyatakan pada 6 Mac 2000 bahawa keutamaan melaksanakan hudud hanyalah 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.
Prinsip
Pastinya kenyataan dan sikap Pas yang tampak sudah berubah dan longgar dalam mempertahankan prinsip perjuangannya selama ini membingungkan ramai pihak. Apakah dakwaan pemimpin Pas yang berkali-kali mengatakan kehadiran mereka dalam Pakatan Rakyat berjaya mendakwah pemimpin-pemimpin bukan Islam seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain benar-benar suatu realiti atau omongan kedai kopi?
Ataupun yang kena dakwah sebenarnya adalah Pas sendiri yang kelihatan sudah meleburkan segala idealisme perjuangan mereka yang dilihat begitu keras suatu ketika sehinggakan ramai di kalangan pengikut yang menjadi mangsa ketaksuban hingga sanggup menggadaikan nyawa dan harta demi perjuangan.
Bukan itu sahaja kekerasan memperjuangkan hudud dan konsep negara Islam acuan Pas jugalah yang seringkali menjerumus umat ke dalam kancah kafir-mengkafir yang merungkai pertalian ukhuwah dan meleburkan perpaduan umat Malaysia berpuluh tahun lamanya. Masih terngiang-ngiang di telinga penulis mengingatkan ucapan-ucapan para pencacai Pas membacakan beberapa potongan ayat terpilih al-Quran yang menjadi silibus doktrin politik para ahli dengan menghukum UMNO sebagai kafir atas dakwaan menolak hudud seperti:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata". “Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir" (Al-Maidah:44).
UMNO hakikatnya tidak pernah menolak Islam ataupun mana-mana hukum yang ditetapkan syarak sebagaimana tuduhan Pas. Namun dalam konteks pelaksanaanya terutama berhadapan dengan realiti masa kini harus melalui proses beransur-ansur atau istilah syaraknya ‘tadarruj’ yang mengambil kira pelbagai pertimbangan strategik dari segi keperluan, kemampuan dan kesediaan. Ini termasuklah mempersiapkan masyarakat untuk bersedia menerima perubahan sama ada dari segi mental atau psikologinya.
Hal ini juga diperakui kini oleh pimpinan-pimpinan Pas yang mulai menggunakan hujah yang sama dalam mempertahankan sikap dan pendekatan mereka yang tidak lagi mengarus perdanakan slogan negara Islam dan hudud.
Cuma apa yang penulis kesali, masih ada pendukung-pendukung Pas di akar umbi yang masih dikaburi dengan slogan-slogan perjuangan Pas dulu kala sehinggakan masih bersikap keras terhadap UMNO dengan berpegang kepada hujahan yang sama. Malah, Pas kadangkala dilihat tidak berlaku jujur terhadap pendukungnya dengan memberikan pelbagai harapan palsu untuk terus bersekongkol dengan parti yang jelas menentang Islam.
ASYRAF WAJDI DUSUKI
MASJID PUN DAP NAK BERPOLITIK,,,,,BANGSAT SANGAT DAH KAH ORANG ISLAM DI PULAU PINANG
Al-Quran - Surah At-Taubah ayat [107] Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.Tujuan kerajaan negeri DAP adalah untuk membuat intipan dengan meletak wakil-wakil mereka di dalam masjid-masjid tersebut. Jawatankuasa pemilihan masjid telah beroperasi sejak bertahun lamanya tanpa campur-tangan mana-mana puak-puak politik.
Masjid adalah institusi suci yang mesti dihormati dan tidaklah wajar masjid dijadikan tempat berpolitik. Disebabkan terlampau ghairah berpolitik maka puak PAS dan PKR telah menghalal-kan Kerajaan Negeri DAP untuk mengambil alih pentadbiran masjid-masjid di P.Pinang. Inilah akibat daripada tidak berani bersuara untuk kepentingan bangsa dan agama maka PAS dan PKR telah menyebabkan urusan agama Islam di negeri P.Pinang menjadi bahan politik dan tidak berupaya bersuara walaupun perkara tersebut mencemarkan imej masjid-masjid di P.Pinang.
PAS dan PKR, menang sorak , kampung tergadai. Harap-harap orang-orang Melayu Islam buka mata !
email dari pembaca
Sunday, October 28, 2012
UMUM CALON AWAL TANDA BN BERUBAH MENGIKUT PILIHAN RAKYAT.
"Bukan mudah untuk mencapai muafakat di kalangan mereka kerana boleh wujud unsur sabotaj daripada kalangan pemimpin sendiri kerana merasakan diri mereka layak untuk bertanding seterusnya memberi kemenangan.
"Senario politik sekarang begitu berbeza. BN sebuah parti yang sudah lama dan banyak pengalaman. Ditambah dengan petunjuk semasa yang boleh menimbulkan keresahan kepada PR," katanya.
Katanya, melalui perkiraan semasa dan petunjuk itu, memberi lebih keyakinan dan kelebihan kepada BN.
"Pilihan Raya Umum 2008 banyak mengajar BN apa yang dikehendaki rakyat sebenarnya. Dengan petunjuk seperti Pilihan Raya Kampus (PRK) baru-baru ini, menguatkan iltizam mereka.
"Walaupun PRK tiada kaitan di peringkat nasional, tetapi ia beri satu respons daripada orang muda yang majoritinya masih berpihak kepada Pro Aspirasi," katanya.
Katanya, tindakan BN ini juga boleh mengurangkan unsur sabotaj bukan sahaja dari kalangan pemimpin, malah rakyat juga dapat mempromosi agenda seterusnya memberi keuntungan kepada BN.
sumber wartawan SH.
sesuai dengan peredaran zaman Barisan Nasional telah berani berubah dan bersepakat untuk mengumunkan calon pilihanraya lebih awal. banyak kebaikan nya dari keburukan sebenarnya. calon2 yang telah di umumkan akan terus membuat kerja untuk kemenangan parti dan ini ada lah strategi persediaan awal untuk menghadapi pilihanraya nanti.
PRU13: NAJIB JANJI DI TEPATI VS ANWAR IBRAHIM MENUJU KE PUTRAJAYA..!!!!
buktinya ekonomi penyokong2 pas, pkr dan dap juga terbela di bawah pentadbiran kerajaan BN. mereka tidak boleh menafikan ini.
struktur PKR ( Pungkok Kena Roket) tidak kuat sebenarnya dan lemah. walaupun mereka bergabung bersama PAS dan DAP. 3 parti mewakili semua kaum bersatu untuk jatuh kan hanya satu saja musuh mereka iaitu BN. mereka telah gagal. rakyat wajid tahu dan menilai kenapa???
apa dia struktur yang kuat :- ekonomi malaysia kukuh, sebab itu baru baru ini dalam laporan world bank Malaysia berada di kedudukan ke-12, daripada 185 ekonomi yang paling berdaya saing di dunia, dalam Bank Dunia "Doing Business 2013" . Kedudukan negara, mengesahkan enam anak tangga, dari tempat ke-18 tahun lepas, yang mewakili lonjakan terbesar, dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini meletakkan Malaysia di hadapan ekonomi utama yang lain seperti Sweden, Taiwan, Jerman, Jepun dan Switzerland,. pelaburan dari negara2 asing masuk ke malaysia telah menjanakan ekonomi. kita ada sistem pendidikan yang hebat, kita ada sistem perbankkan antara terbaik di dunia. kita mempunyai pentadbiran kerajaan yang teratur.
kerana kejayaan ini lah yang membuat anwar ibrahim sakit hati dan benci sampai ke tulang hitam terhadap Datuk Sri Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.
arab yakin pada PRU13 kita tetap berjaya mempertahankan putrajaya dan terus memerintah kerana telah terbukti bahawa BN PILIHAN RAKYAT.
jangan ada lagi suara suara sumbang cuba mahu mengundi pakatan. bangunan world trade centre di new york menjadi mercu kebangaan rakyat amerika juga boleh runtuh dalam sekelip mata saja, kita juga tidak mahu perkara seperti itu menjadi kepada negara tercinta MALAYSIA.
kalau tangan itu tidak boleh membina, jangan pulak jadi tangan yang merosakkan.
photo di atas mempunyai banyak cerita yang boleh kita tafsirkan......RAKYAT HARUS PANDAI MEMILIH..!!! UNDI LAH BN.
Saturday, October 27, 2012
MCA TELAH DI PERBODOHKAN OLEH SUARA MEDIA MEREKA SENDIRI...
PEMIMPIN PAS TIDAK BOLEH DIKRITIK, PEMIMPIN PAS BOLEH KRITIK ORANG LAIN...!!!
Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar) berkata, MCA hanya mengkritik kepemimpinan Pas yang sering memutar belit keadaan untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada sesuatu isu yang melibatkan parti itu .
"Dakwaan kononnya MCA mengkritik Islam adalah satu pembohongan dan tuduhan serius yang boleh menggugat perpaduan negara ini.
"Sebenarnya MCA hanya mempersoalkan dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah berkata punca kejadian rogol adalah disebabkan ramai wanita yang tidak menutup aurat bukannya mengkritik Islam," katanya ketika melawat beberapa pusat agihan daging korban di Parlimen Labis di sini hari ini.- PENANGONLINE
Friday, October 26, 2012
ABBY ABADI CARI MAKAN TUU..!!!!!
ORANG DAH BAGI LEMBU...DI PANGGIL NYA PULAK ORANG TU LEMBU...!!!!!
EDISI KHAS : SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KAWAN KAWAN
HARI INI 26hb October 2012 Jumaat kita umat islam akan menyambut hari besar iaitu hari raya aidil adha atau hari ibadah korban untuk mengingat kisah Ibrahim yang menyembelih anaknya, dalam rangka mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah.
Allah sengaja memberi kan satu mimpi untuk melihat sejauh mana ketaatan nabi ibrahim dan pergorbanan seorang anak kepada bapaknya dan Allah.
Thursday, October 25, 2012
PEMIMPIN PAS DAN PEMIMPIN KOMUNIS NAK PEGANG JAWATAN SAMPAI MAMPUS..!!!!
Wednesday, October 24, 2012
ASRI: PAS JANGAN BONGKAK SANGAT SOAL AGAMA..!!!
Asri berkata, kalau PAS terus beranggapan bahawa orang agama yang berkuasa politik tidak harus ditegur, negara akan menjadi lebih korup sekiranya pembangkang menawan Putrajaya.
“Saya rasa ini satu masalah dalam PAS, masalah sekarang ini PAS belum menjadi pemerintah, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh.
“Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk PAS... kalau mereka naik (menjadi pemerintah) dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih korup,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian.
Asri juga mempersoalkan kesesuaian golongan ulama untuk memegang teraju politik, sesuatu yang diamalkan secara meluas oleh PAS dengan Murshidul Amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi Menteri Besar Kelantan lebih dua dekad.
“Yang jadi ulama belum tentu mampu cakap politik. Ulama mungkin dia pandai bab munakahad jadi dia tidak boleh sentuh bab yang dia tidak tahu kerana agama tidak membenarkan menyentuh apa yang kita tidak tahu dan agama tidak membenarkan kita mengikut sesuatu yang kita tiada ilmu mengenainya.
“Jangan kamu ikut benda yang kamu tiada ilmu mengenainya,” katanya.
Sementara itu, beliau turut mendakwa budaya politik wang masih subur sehingga golongan ulama turut hanyut.
“Kalau kita tidak keluar dari budaya ini, parti pemerintah akan datang akan ikut rentak yang sama. Kerana terbiasa dengan masalah ‘hulur’ ini, apabila pilih pemimpin bukan dengan ketajaman minda dan baik ideanya tetapi soal dia ada duit.
“Tambah beliau, ulama bukan sekadar membaca nas-nas hadis dan lantik tok kadi, tetapi ulama perlu menegakkan keadilan sosial dalam masyarakat,” kata Asri. -antarapos
KERANA WANITA LELAKI JATUH,
Tuesday, October 23, 2012
SYSTEM AES: THE UNDERLYING TRUTH
email from readers.
<<<<<< BACA SINI
KREATIF. GAMBAR PORNO MENJADI SEBUAH POTRET
sumber : wowberita.com
dok tunggu gambar porno peliwat tegar kalau cantum jadi muka siapa ???? ahakssss!!!!
Monday, October 22, 2012
MAYA KARIN MENDAKI GUNUNG PULAK....!!!! @maya_karin
Sunday, October 21, 2012
FACEBOOK HINA SULTAN JOHOR LAGI...!!! APA NAK JADI NIE
NAJIB KATA NAK MENANG BESAR PADA PRU 13,
Ini yang buat pembangkang tak senang duduk.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Rraya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dipetik Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.
"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.
Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.
Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.
"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.
Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.
"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.
Seramai 1,698 anggota perwakilan menghadiri persidangan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita.
Sumber: BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KEBODOHAN SEORANG PENYOKONG PEMBANGKANG TERSERLAH..!!!
Thanks kepada bloggers MMI, http://mahamissa.blogspot.com/2012/10/final-piala-malaysia.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, October 19, 2012
POLIS TRAFIK MENARI TENGAH JALAN ??? HEBAT NIE..!!!
SISTEM AES: PEMIMPIN POLITIK JANGAN TUNJUK HERO...!!! @NajibRazak @Khairykj
cuba bayangkan kalau semua pemandu di jalan raya cukup berhemah dan mengikut peraturan. tiada saman di keluarkan. bagaimana JPJ nak saman pemandu kalau semua ikut peraturan dan bagaimana dua syarikat konsesi itu nak kaut untung kalau tiada saman di keluarkan. ini lah yang di katakan pengguna jalan raya yang bijak.
jesteru itu, maka kemalangan jalanraya boleh di kurangkan, tiada lagi tangisan keluarga menanti mayat di hospital. secara tak langsung kerajaan BN telah berjaya mendidik rakyatnya memandu mengikut peraturan.
apakah ini salah kerajaan jika perkara ini boleh menjadi kenyataan ?????
Dianggarkan 3,000 kamera akan dipasang di seluruh negara dengan lokasinya telah dikenalpasti oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institiut Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
BERHATI HATI LAH DI JALANRAYA,
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
KENA SAMAN ...LU FIKIR LAH SENDIRI..!!!!!
KLIK SINI APA ITU SISTEM AES
NO 1 -10 HARI: 21 JAM 14 MINIT DI PINTU AJAL
filem ini telah di arah oleh imran haji ismail filem ini akan melalui proses penambahbaikan dengan teknik CGI dan 3D sebanyak 30 peratus daripada pengarah Alvis Gan. Antara yang dimasukkan ialah babak meteor berlanggar. Unsur suspens juga dimasukkan menerusi kesan bunyi menarik hasil sentuhan Jon Kenn Michael.
jom kita ramai ramai saksikan filem ini yang bakal mengegarkan panggung pada MARCH 2013
PANAS: USTAZ ADA 11 ISTERI...BIAR BETUL ..!!!!
USTAZ RAZIS KAHWIN DENGAN ISTERI KE BERAPA NIE.. |
Thursday, October 18, 2012
KERAJAAN DAP PULAU PINANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
sumber : PenangHariIni
Tuesday, October 16, 2012
LIM GUAN ENG TIPU LAGI. KETUA MENTERI BOLEH CAKAP BOHONG KAAAAA!!!!!!
BUKIT MERTAJAM 15 Okt - Kenyataan beberapa pimpinan parti pakatan rakyat tentang kekurangan peruntukan yang di salurkan ke negeri mereka adalah bersifat prejudis dan seolah olah menyorok fakta. Demikian yang dinyatakan oleh Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang ( SPMPP) , Irfan Zaimi Mohd Tahar dalam temual ringkas bersama PHI.
Dalam pertemuan singkat yang diadakan di pejabat beliau, beliau dengan jelas menyatakan bahawa terlalu banyak peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan BN kepada kerajaan Pulau Pinang walaupun negeri tersebut di tadbir oleh Kerajaan DAP.
Dengan memberikan beberapa contoh, PHI melihat senario projek pembangunan di Pulau Pinang sebenarnya banyak dilaksanakan oleh kerajaan BN Pusat dan ada juga peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri untuk dilaksanakan.
jom layan video GUAN ENG PENIPU
MENGUNDI MAT SABU IBARAT MENEMPAH BILIK HOTEL 121
apa yang terjumpa ialah tajuk berita HARAKAH seperti di atas. seperti biasa memang kita sudah tahu harakah ini memang suka main isu syurga dan neraka sejak dulu lagi.
arab nak komen: mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berceramah di depan orang tuli
Monday, October 15, 2012
BERJUMPA DAN BERKERJASAMA DENGAN SOROS LAIN MAKNANYA !!!!!!
pembangkang memang pandai putar alam. bila kita kata mereka terima dana dari soros, mereka pusing kata pemimpin kita pergi berjumpa soros. jom kita tengok perdedahan ini. KLIK SINI
Saturday, October 13, 2012
INI YANG GUAN ENG TAK SANGGUP TENGOK..50 RIBU VETERAN UMNO AKAN BANTU BN PULAU PINANG
Timbalan Pengerusinya Datuk Ismail Din berkata usaha itu bagi memastikan BN merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Veteran Umno adalah seperti duta kecil kepada Umno dan BN kerana kami akan berkempen dari rumah kami sendiri supaya menyokong BN.
"Kami bekerja secara sukarela dan tekad kami hanya untuk membantu BN agar terus memerintah negara," katanya kepada pemberita selepas persidangan tahunan Veteran Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid dan kira-kira 100 veteran Umno bahagian itu menghadiri persidangan berkenaan.
Ismail berkata anggota Umno tidak perlu bimbang kerana kewujudan anggota veteran adalah untuk membantu parti dan BN dan bukan merebut jawatan dalam parti itu.
"Umno di Pulau Pinang ada lebih 200,000 anggota di 13 bahagian dan kehadiran kami untuk membantu parti pada PRU-13 nanti bukan untuk merebut jawatan," katanya.
Sementara itu, Abdul Jalil berkata pihaknya menyambut baik penubuhan veteran Umno di Permatang Pauh kerana ia dapat membantu jentera parti.
Katanya ini kerana kebanyakan mereka boleh bertugas sepenuh masa berbanding anggota lain yang mempunyai komitmen kerja.
"Sumbangan mereka memang besar kepada parti dan saya percaya kematangan mereka dalam berpolitik dapat membantu Umno terutama di Permatang Pauh," katanya. - Bernama
tahniah kepada veteran umno pematang pauh kerana telah bangkit bersama kami membantu BN negeri untuk merampas kembali pulau pinang dari kerajaan DAP .
Thursday, October 11, 2012
PEMBUAT FITNAH SCORPENE ADALAH PEROSAK MINDA RAKYAT...!!!!
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan isu berkenaan dalam ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan beliau bagi memfitnah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mereka turut meminta agar pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menjadi arkitek kepada fitnah berkenaan diharamkan kerana mengada-adakan isu perbicaraan yang kononnya sedang berlangsung di Perancis.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pihak berkuasa harus bertindak memandangkan isu ini berkait rapat dengan maruah Malaysia dan rakyatnya di mata dunia, terutama dalam kalangan negara maju.
Katanya, pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu, harus dipuji.
Pengakuan Charpanel sekali gus menepis fitnah, tanggapan dan persepsi yang cuba diwujudkan Suaram serta parti-parti pembangkang terhadap Perdana Menteri demi matlamat politik sempit mereka semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang disebar oleh beberapa portal berita dalam talian Malaysia berhubung perbicaraan berkenaan tentang dakwaan isu kapal selam Scorpene.
Beliau berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.
Saya sedar tentang semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata, ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya.
Jelas Hamidzun, rakyat Malaysia berasa lega dengan kenyataan Charpenel yang membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh kerajaan adalah telus dan tidak meragukan.
Kenyataan daripada wakil Perancis ini sangat positif dan akan melonjakkan lagi imej Perdana Menteri sebagai pengamal nilai ketelusan, amanah dan keadilan terhadap segala urusan pentadbiran beliau," ujarnya.
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip pula yakin kenyataan Charpenel itu akan meresahkan pakatan pembangkang yang kini merasakan mereka tergugat akibat tindakan jahat mereka sendiri dalam meracuni pemikiran rakyat.
Menurut beliau, pembangkang pasti akan mendakwa pula Charpenel merupakan tali barut atau perkakas yang digerakkan BN atau UMNO untuk mengaburi rakyat, seperti pernah mereka lakukan pada isu-isu lain yang tidak memihak kepada mereka.
Selama ini, Suaram dan pembangkang galak membuat perbicaraan sendiri di dalam portal-portal berita bagi mengelirukan rakyat, namun telah gagal. Mereka pastinya patah hati kerana rancangan mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia rosak teruk, yang terdedah hanya keburukan mereka sendiri," kata beliau.
Perkara sama turut ditekankan Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli yang menyifatkan pendedahan Charpenel sebagai cerminan kepada sikap buruk pembangkang dan ketuanya, Anwar.
Kementerian Pertahanan digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan pemimpin pembangkang yang terlibat memfitnah kerajaan kononnya kini berlangsung perbicaraan di Perancis tentang skandal pembelian kapal selam negara, Scorpene.
Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) berkata, kerajaan perlu mengemukakan saman malu terhadap pihak terbabit memandangkan fitnah serta pengkhianatan itu mencemar nama baik negara di mata komuniti antarabangsa.
Apatah lagi, kata beliau, pendakwaraya terkenal kerajaan Perancis, Yves Charpenel sendiri telah mengesahkan bahawa tiada perbicaraan seumpamanya berlangsung di negara Eropah itu.
"Dengan pembongkaran terbaharu pendakwaraya kanan itu (Charpenel), terbukti rakyat Malaysia telah ditipu dengan tujuan mengaibkan kerajaan serta menimbulkan kebencian terhadap pemimpin.
Wednesday, October 10, 2012
DEWAN MERDEKA PWTC BERGEGAR DENGAN NASHARUDIN MAT ISA
Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO. Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.
Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya. Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu. Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.
Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).
Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu. Tanpa berselindung - beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.
Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya yang kontrovesial ini.
Ini kalau kita singkap balik kisah tahun 2009 bilamana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'meletop' memintanya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok jika masih meneruskan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan UMNO-PAS. Menteri Besar Kelantan itu yang diketahui umum menyimpan dendam kesumat terhadap UMNO langsung tidak dapat menerima idea yang diketengahkan oleh tokoh moderate PAS ini. Tok Guru PAS itu sanggup tenggelam timbul dengan DAP sekalipun satu dunia tahu pendirian parti itu terhadap perjuangan asal PAS.
Meneliti kata-katanya pada seminar itu jelas Nasharudin nampaknya sudah set tidak pandang belakang dan sedia berdepan dengan risiko tindakan partinya. "Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan PAS dan golongan Anwarista parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.
Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam. Nasharudin mempersoalkan dalam sejarah kemenangan umat Islam adakah ia pernah dibantu oleh orang bukan Islam. "Saya pernah bertanya dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam? "Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja," katanya.
Beliau juga bertanya "jika umat Islam negara ini terus berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Beliau mengingatkan agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.
Katanya dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Beliau pergi lebih jauh lagi dengan mempersoalkan sama ada golongan bukan Islam kini berbaik dengan umat Islam "untuk kesenangan bersama dalam langkah percaturan politik singkat semata-mata untuk meraih sokongan di peti undi". "Atau sememangnya benar bukan Islam kini insaf dan mula mengenali Islam yang maha adil dan benar-benar ingin mendokong cita-cita Islam yang diimani oleh majoriti umat Islam dalam konteks mengubah pemerintahan sedia ada ke arah sebuah pemerintahan baru yang bersama-sama mendukung jemaah Islam?,"
Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.
"Kita amat bimbang jika berlaku keadaan habis madu sepah dibuang.Amat dukacita jika kita mengambil sikap terlalu kuat mengutamakan ikatan politik daripada menjaga agama dan mempertahankan agama Islam kita sendiri,"katanya.
Serentak dengan itu Nasharudin secara terbuka di seminar itu menyifatkan tindakannya menghentam Karpal Singh menolak hajat PAS hendak tubuh negara Islam sebagai satu dakwah. Tanpa mempedulikan Pengerusi DAP itu kata hendak saman,beliau dakwa Karpal adalah anti Islam bukan anti-Hudud . Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.
Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini
Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar Malaysia menjadi negara Kristian. Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.
Bercakap kepada wartawan selepas seminar itu Nasharudin berkata beliau tidak bimbang langsung risiko berdepan dengan tindakan dari PAS kerana bersuara begini. "Pendirian saya jelas. Boleh kata semua tau pendirian saya. Saya tak takut nyatakan pendirian saya,"katanya. Baginya soal ahli parti dan sebagainya adalah soal kedua kerana yang utama ialah agama Islam. - AGENDAILY