Penggubalan dua akta baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan baru-baru ini memerlukan input pakar keselamatan tradisional dan sarjana kajian keselamatan bukan tradisional.
Pandangan ini diketengahkan bukan kerana kewibawaan Jabatan Peguam Negara dalam usaha menggubal undang-undang berkenaan adalah diragui. Tetapi, sebab wujud banyak faktor mengapa input pakar dan sarjana ini tidak boleh diketepikan.
Antara faktor-faktor yang relevan, penting dan perlu bagi menggabungkan pakar-pakar keselamatan ini dengan kepakaran Jabatan Peguan Negara dalam pembentukan undang-undang baru ini adalah seperti berikut:
Satu: Konsep keselamatan pada hari ini adalah luas dan dalam. Ini kerana corak ancaman kontemporari bukan hanya state-centric atau hanya berasaskan soal serangan ketenteraan.
Hakikat ini menyebabkan konsep keselamatan kontemporari merangkumi pelbagai aspek kesejahteraan manusia dalam konteks keselamatan nasional, termasuk keselamatan masyarakat, keselamatan politik dan keselamatan ekonomi.
Hakikat ini juga menyebabkan wujudnya pelbagai aspek baru mengenai keselamatan. Ini termasuklah aspek securitization of threats atau aspek yang membabitkan proses mengkategorikan serta memutuskan bahawa sesuatu tindakan atau perkembangan, atau pun seseorang atau sekelompok individu, adalah merupakan ancaman, baik kepada masyarakat atau negara.
Selanjutnya, adalah aspek securitization authority atau mengenai autoriti yang mengkategorikan serta memutuskan bahawa sesuatu perkara atau individu adalah merupakan ancaman kepada masyarakat atau negara. KLIK SINI
1 comments:
Kita tunggu mcm mana pelaksanaannya nanti...
Mahfuz Omar - Jaguh Kg Bharu Yg Tolol bin Bahlol. Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment