Beria-ia Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mendahului Najib membentangkan bajet 2012. Anwar berharap, bajet yang dibentangkannya dapat memerangkap Najib Abdul Razak dan dapat membodohkan rakyat Malaysia kononnya, Najib meniru dan menciplak bajet bongoknya.
Bila Najib bentangkan Bajet 2012 di Parlimen semalam, Anwar dengan yakin menganggap, rakyat Malaysia tidak akan teruja lagi sebab semua yang ingin disebut oleh Najib telah dipangkas lebih awal olehnya dalam pembentangan bajet alternatif yang dilakukan oleh Anwar dua hari sebelumnya.
Namun, ternyata Anwar ternganga-nganga dan terpinga-pinga.
Modul umpan yang diserahkan kepada Anwar Ibrahim untuk bajet alternatif dan digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan tersebut, ternyata telah memburukkan imej Pakatan Rakyat. Bajet yang dibuat oleh Najib ternyata terlalu jauh berbeza dan tidak terjangkau dek akal Anwar Ibrahim.
Misi Anwar menggunakan orang dalam untuk memalukan Najib, gagal. Keyakinan Anwar bahawa Najib akan malu besar dan dia tidak dipersalahkan menerusi ketidakhadirannya semalam sewaktu pembentangan bajet, berderai.
Sudah berkali-kali sebenarnya Anwar Ibrahim tersalah jangka dengan kecerdikan dan kecerdasan Najib Abdul Razak. Anwar fikir, orang pengurusan ekonomi seperti Najib boleh diperbodohkan oleh orang sastera sepertinya.
Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Anwar selain daripada mengamuk kerana bayarannya kepada 'orang dalam' bukan menaikkan rating dan imejnya tetapi menjadikan dia jauh lebih terhina dan lebih kerdil berbanding Najib Abdul Razak!
sumber dari : flying kick.
1 comments:
STEADY BRO..
TERUSKAN UPDATE
KPI MESTI MAU ACHIEVE.
BRO NAK TARIK TRAFIK KUAT, MINTA GAP LINKKAN BLOG HANG..
INSYAALAHH BERTAMBAH TRAFIK TU..
Post a Comment