Thursday, October 20, 2011

GUAN ENG TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN ...!!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin di negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan ekoran tindakannya memburukkan Malaysia khususnya Johor baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida) negeri, Shukor Abdul Rahman berkata, Guan Eng sepatutnya sedar bahawa selaku pemimpin kanan DAP, beliau tidak seharusnya bertindak seolah-olah parti yang dipimpinnya mewakili satu kaum sahaja.

‘‘DAP bukan sahaja diwakili oleh kaum Cina, malah disertai kaum India, Melayu dan kaum-kaum lain.

“Dia kena lebih liberal dan perlu menghormati kaum-kaum lain terutamanya institusi raja.

‘‘Soal beliau hendak atau tidak menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memohon ampun dan minta maaf kepada seluruh rakyat Johor, itu hak beliau.

‘‘Tetapi beliau harus ingat telah melukai hati sebahagian rakyat negara ini, khususnya orang Melayu,” katanya mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails