Wednesday, October 12, 2011

EZAM MD NOOR: ADA USAHA MEMPELEKEHKAN INSTITUSI RAJA

Tindakan portal berita propembangkang, malaysiakini menyiarkan artikel mempersoalkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilihat sebagai satu agenda untuk memburuk-burukkan institusi raja. 

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor berkata, jika diteliti dari awal penubuhan portal berita tersebut, jelas dilihat Malaysiakini sering menyiarkan laporan yang menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan dan kini, institusi raja pula. 

“Tindak-tanduk mereka jelas untuk menimbulkan rasa kurang senang terhadap institusi asas negara kita. “Tindakan membenarkan pembacanya meninggalkan komen juga dilihat menambahkan lagi perbalahan berhubung isu tersebut,’’ katanya ketika dihubungi hari ini. 

Menurutnya, perkara itu harus diambil serius oleh pihak kerajaan dengan melakukan siasatan menyeluruh terhadap portal berkenaan. Sultan Sharafuddin semalam melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri itu. Baginda yang merujuk siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu bertitah, terdapat keterangan ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam tetapi ia tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil. 

Ekoran itu Malaysiakini melaporkan berita seorang paderi yang mempersoalkan titah Sultan Selangor berhubung isu berkenaan. Paderi tersebut dipetik berkata: “Ampun Tuanku, bagaimana mungkin untuk mengatakan bahawa terdapat cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam pada majlis makan malam di DUMC itu tetapi tidak ada bukti yang mencukupi bagi membuat pendakwaan.” 

Malah Malaysiakini juga menyiarkan pembaca portalnya memberi komen terhadap laporan berita tersebut. Ezam menambah, jika dahulu, perbezaan ideologi politik tidak menghalang rakyat untuk sama-sama menghormati institusi raja, tetapi kini perkara tersebut telah semakin terhakis. “Tindakan portal berita itu juga dilihat sebagai mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

BERNAMA,

1 comments:

Unknown said...

Kalau Sultan kena perlekeh pun, bukannya Pakatan Haprak kisah... Islam kena pijak pun, apa dia peduli... Janji dpt rebut kuasa...

ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU. Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails