GEJALA menganggap orang Islam lain sebagai sesat atau tidak Islam sudah nampak dalam masyarakat Melayu di negara ini. Sikap pemimpin pas yang merosakkan agama dan bangsa ini diamal dari peringkat dewasa hingga kepada peringkat umur kanak-kanak sekolah rendah. PAS akan menganggap sesiapa sahaja tidak betul asal saja orang itu tidak menuruti fahaman agama mereka, seperti cara mereka berpakaian, atau sesuatu hukum agama yang mereka adakan. Lalu amalan mengejek, dan keangkuhan tanpa patut, tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu.
Namun, wabak ini mudah ditangani kerana dalam agama Islam yang suci terdapat sebuah Kitab daripada Allah yang menunjukkan dengan jelas apa yang benar dan apa yang palsu. Kitab ini dinamakan-Nya al-Furqan atau Pembeza di samping nama agungnya, al-Quran. Firman-Nya,
"Bulan Ramadan yang padanya al-Quran diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185).
Dengan merujuk kepada al-Quran didapati bahawa keadaan sesat adalah yang paling buruk boleh berlaku kepada diri seseorang sehingga Allah menyebut mengenainya di halaman pertama Kitab itu. Sebutan pertama perkataan "sesat" di dalam al-Quran terdapat dalam sebuah ayat yang kelihatan seperti sebuah doa untuk memohon kepada Allah supaya tidak menjadi sesat. Ayat itu berbunyi,
"Tunjukkanlah kami jalan lurus, jalan orang-orang yang Engkau merahmati, bukan orang-orang yang ke atas mereka dimurkai, dan bukan juga orang-orang yang sesat" (al-Fatihah, 6-7).
Menurut kamus, sesat bererti tidak mengikuti jalan yang betul, atau tersalah (tersilap) jalan, sementara lawan bagi perkataan itu, menurut al-Quran pula, ialah petunjuk daripada Allah. Dari itu, orang yang tidak mengikuti jalan yang ditunjukkan Allah adalah sesat. Ini dijelaskan lagi dengan sebuah ayat yang berbunyi,
"Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku menjadi daripada kaum yang sesat" (6:77).
Manusia dari awal lagi, sejak zaman Adam, telah diperingatkan Allah supaya mengikuti petunjuk-Nya. Ketika dia dan isterinya diperintah keluar dari Jannah, Allah berfirman,
"Turunlah kamu, kedua-dua kamu bersama-sama, keluar darinya ..... tetapi jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak akan sesat, dan tidak juga dia menjadi sengsara" (20:123).
Dewasa ini petunjuk Allah berada di dalam al-Quran. Nabi sendiri telah mendapat petunjuk daripadanya. Sabda Nabi, "Dan untuk (aku) membaca al-Quran. Maka sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, 'Aku hanya seorang pemberi amaran'" (al-Quran, 27:92).
Segala petunjuk daripada Allah dipermudahkan untuk manusia. Ia diturunkan dalam bahasa kaum manusia itu sendiri hanya supaya ia menjadi jelas. Setelah dijelaskan-Nya, Dia menyesatkan orang yang patut disesatkan. Firman-Nya,
"Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia memperjelaskan kepada mereka; kemudian Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana" (14:4).
Bahasa Rasul kita dan kaumnya adalah Arab yang didapati mudah diterjemahkan. Allah sendiri telah menyatakan bahawa bahasa Arab al-Quran adalah jelas. Oleh yang demikian, pada hari ini, petunjuk-Nya (al-Quran) telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada seratus bahasa di dunia.
Maka petunjuk-Nya sudah menjadi jelas kepada semua manusia. Sesatlah orang yang tidak mengikutinya. Seperti itu juga dengan orang yang ragu-ragu terhadap kandungan al-Quran, yang turut sesat. Firman-Nya,
"Mereka adalah dalam keadaan ragu-ragu di antara yang demikian, tidak kepada ini dan tidak kepada itu; dan sesiapa yang Allah sesatkan, kamu tidak akan mendapati baginya jalan" (4:143).
Bukan sahaja kandungan Kitab itu tidak seharusnya diragu-raukan tetapi pegangan kepadanya hendaklah secara total. Ia tidak boleh diambil hanya sebahagian daripadanya sahaja. Itulah ketetapan Allah yang tersirat di dalam sebuah ayat berbunyi,
"Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab membeli kesesatan dan menghendaki bahawa kamu juga sesat daripada jalan?" (4:44).
Justeru itu, orang yang mengambil sebahagian daripada Kitab (atau, itulah sahaja yang diberi Allah kepadanya) adalah bukan sahaja silap dan sesat tetapi juga berbahaya kepada masyarakat kerana mereka berkehendakkan masyarakat turut sesat bersama mereka. golongan pemimpin pas ini mudah dicam kerana ajaran mereka hanya mengandungi beberapa potong ayat daripada al-Quran lalu menyatakan itulah asas dalam kepercayaan Islam, tetapi banyak sekali merujuk kepada sumber yang selain daripada al-Quran untuk menetapkan peraturan dan hukum agama.
Mendustakan Kitab adalah penyebab menjadi sesat yang seterusnya. Firman-Nya, "Jika dia di antara orang-orang yang mendustakan, dan menjadi sesat, maka sajiannya (di neraka) daripada air yang mendidih" (56:92). Mendustakan bererti menganggap dusta (tidak benar, bohong). Lantas, orang yang menganggap al-Quran tidak benar akan tidak mengendahkan kandungannya juga.
Di samping mendustakan, perbuatan membantah ayat-ayat Allah turut disebut di dalam sebuah ayat al-Quran yang lain. Allah menyifatkan perbuatan-perbuatan ini sebagai menyekutukan-Nya (40:69-74). Ini ialah kerana orang yang mendustakan al-Quran, atau membantah ayat-ayat Allah, tentu akan mengambil, sebagai ikutan dalam agama, kitab-kitab yang selain daripada kitab Allah. Dengan cara tidak langsung ikutan mereka diangkat menjadi seperti tuhan dalam agama, atau sebagai sekutu Allah.
Selain daripada menyifatkan sesuatu perbuatan itu sebagai (hanya) sesat, Allah didapati mengkategorikan amalan sesat kepada tiga kategori lagi. Pertama ialah "kesesatan yang nyata". Antara yang tergolong dalam kategori ini adalah orang zalim (19:38). Turut dianggap zalim adalah orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah. Firman-Nya,
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya?" (7:37).
Gejala mengada-adakan dusta terhadap Allah ketara kerana sokongan dan penerimaan orang Melayu yang leka. Contoh pendustaan ialah apa yang dikatakan sebuah firman Allah yang kononnya menyatakan bahawa para ulama itu pewaris Nabi, atau janji masuk syurga Allah sekiranya memilih sesebuah parti politik. Atau, pihak yang menganjur pendustaan, yang selalunya dianggap alim, akan menyelitkan kalimat "Allahu Akbar", "Islam" atau "Rasul" dalam dakyah mereka.
Kategori kedua adalah golongan yang sesatnya "lebih jauh". Firman-Nya, "Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai" (7:179). . Jangan sangka perkara ini tidak mungkin berlaku kepada orang yang kelihatan seperti suci atau menganggap diri mereka lebih suci daripada orang lain.
Kategori yang ketiga dan terakhir ialah golongan orang yang sesatnya disifatkan Allah sebagai "paling sesat". Terdapat tiga ayat mengenainya, yang turut menunjukkan kepada tiga golongan manusia. Ketiga-tiga ayat tersebut bermula dengan pertanyaan Allah yang berbunyi serupa iaitu "Siapakah yang lebih sesat?"
Dari itu, tiadalah yang lebih sesat daripada tiga golongan itu.
Golongan pertama ialah orang yang mengikuti keinginannya atau kehendaknya dengan tanpa petunjuk daripada Allah. Ini dijelaskan dengan sebuah ayat berbunyi "Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti keinginannya tanpa petunjuk daripada Allah?" (28:50).
Orang yang mengikuti keinginannya didapati mengamalkan pelbagai amalan sesat yang lain, seperti berlebih-lebihan dalam agama. Firman-Nya,
"Katakanlah, 'Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul'" (5:77).
minta tok guru nik aziz jawab ini, kalu dia betoi2 seorang ulamak...bukan ularmak, kalu dia tak boleh jawab ini,,,suruh ja dia berenti jadi ulamak...