Friday, May 25, 2012

TAHNIAH ANWAR, AZMIN DAN AMBIGA !!!!

ini lah yang dimahukan oleh anwar ibrahim, azmin dan ambiga berjaya menunjukkan tahap kebencian dunia kepada pemimpin tertinggi malaysia iaitu Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib. 

puak puak haram jadah ini bukan tahu apa pun dan kesannya. matlamat mereka hanya satu mahu memalukan kerajaan malaysia.   tindakan pihak kerajaan arab sekarang ini benar2 telah menyusahkan bakal haji dan umrah yang bercadang hendak pergi tahun ini.  

jika tangan itu tidak boleh membina, jangan lah mahu merosakkan apa yang telah orang buat. 


Kerajaan sedang melakukan beberapa langkah proaktif bagi memastikan jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia tahun ini tidak terjejas ekoran perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah pada 26 April lepas. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ramai jemaah telah menyatakan kebimbangan sama ada mereka masih berpeluang menunaikan haji pada tahun ini atau tidak ekoran insiden yang telah mengundang perhatian serius daripada kerajaan Arab Saudi. 

Kerajaan Arab Saudi dilaporkan sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram itu. Sebagai langkah awal, Jamil Khir berkata, beliau akan memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi agar dapat menyelesaikan kebimbangan mengenai kuota haji. 

"Saya minta Perdana Menteri untuk bantu kita campur tangan menghubungi Raja Abdullah dan kerajaan Arab Saudi supaya kuota haji tahun ini akan dapat sebagaimana yang kita harapkan kerana persiapan semua kita sudah buat," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid di Bangunan Tabung Haji di sini hari ini. - BERNAMA

1 comments:

PecahPalakMikir said...

bro blog anda telah dipautkan TQ

Related Posts with Thumbnails