Thursday, May 31, 2012

LIM GUAN ENG MARAH TENGOK VIDEO SKANDALNYA..!!! @azizisafar, @dzainalabidin




penceramah sdr azizi safar telah mendedahkan betapa munafiknya ketua menteri paling cilakak lim guan eng. perdedahan video skandal ketua menteri turut di dedahkan dalam video ini. MESTI TENGOK
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dibidas kerana cuba mengugut media dengan tindakan saman sekiranya mereka menyiarkan sesuatu isu yang tidak disukainya. 
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mendakwa tindakan sedemikian menunjukkan Setiausaha Agung DAP itu seorang hipokrit. "Ketua Menteri baru-baru ini memakai baju hitam dan reben kuning sebagai sokongan kepada Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lalu. 
"Sekarang dia pula ugut mahu saman media yang siarkan isu tidak digemarinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Tindakan Guan Eng mengugut media itu disiarkan di dalam laman web YouTube. Dalam rakaman itu, Guan Eng mendakwa mahu menyaman mana-mana akhbar sekiranya mengeluarkan berita mengenai isu yang dikatakan tidak digemarinya. 
Guan Eng dipercayai bertindak demikian apabila disoal mengenai kesahihan cerita mengenai skandalnya dengan seorang guru wanita sekolah Cina seperti yang disiarkan di dalam laman web berbahasa Inggeris http://stopthelies.my sejak dua hari lalu. 
Sementara itu, Cheng Guan memberitahu, Guan Eng tidak sepatutnya bersikap sedemikian terhadap wartawan, sebaliknya boleh memilih untuk tidak mengulas. "Beliau boleh menjawab 'tidak' sahaja atau enggan cakap langsung, tetapi kenapa mahu ugut media dengan saman," katanya. "Saya akan berterus-terang dengan soalan yang ditanya oleh media kerana tidak bimbang reputasi terjejas sekiranya tidak membuat sesuatu yang salah," katanya.- UTUSAN 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails