Tuesday, May 22, 2012

PEMIMPIN UMNO YANG TIDAK DIDENDANGKAN...!!!!!

Baru baru ini arab berkesempatan bertemu 4 mata dengan seorang tokoh pemimpin UMNO yang paling disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan iaitu Dato' Sri Shariff Hj Omar, dari apa yang arab perhatikan pemimpin ini masih kuat dan jiwanya terhadap perjuangan umno, semangat mantan ketua umno bahagian tasek gelugor untuk berkhidmat kepada rakyat masih membara, arab tidak nampak DSSO seperti mahu bersara dalam arena politik. malah  akan terus berkerja demi parti. 

sempena hari ulangtahun umno yang ke 66 baru baru ini DSSO sempat memberi komen "UMNO kini di persimpangan untuk terus melihat sejarah UMNO di belakang atau bangkit meneruskan perjuangan UMNO. Realiti yang harus UMNO terima; UMNO adalah orang Melayu tetapi bukan semua Orang Melayu adalah UMNO. UMNO harus kembali kepada perjuangan asal seperti pemimpin2 terdahulu yang berjuang untuk orang Melayu dan rakyat keseluruhannya bukan hanya berjuang untuk Orang UMNO." 

sekarang semua tahu dengan demam piliharaya, DSSO sempat juga melahirkan pandangan nya tentang PRU13, Dalam merangka gerak kerja menghadapi pilihanraya umum ke 13. Ada 3 perkara penting yang harus dimainkan di peringkat akar umbi dan pimpinan BN. beliau  menamakannya sebagai Gerak 3 'M'. Pertama "Machinery" - Jentera gerakkerja pilihanraya yg bersistem dan efisien melaksanakan tugas masing2. Kedua- "Money" - peruntukan kewangan yang disalurkan kepada jentera gerakkerja untuk melakukan aktiviti dan kempen menjelang pilihanraya dan terakhir 'Media' - Penerangan yang hebat merangkumi media konvensional dan media baru yang mampu memberi penerangan tentang manifesto, transformasi kerajaan yang harus sampai ke setiap pengundi.
 sebagai orang lama yang pernah berkhidmat di tasek gelugor selama 26 tahun, DSSO tidak pernah lupa kepada tempatnya. beliau sering turun padang untuk bersama rakyat dan pengundi di tasek gelugor. rata rata rakyat amat senang dengan personality DSSO. arab cuba mencuit DSSO adakah beliau masih berhajat untuk kembali ke arena politik, jika pucuk pimpinan merestuinya saya pasti akan kembali untuk bersama sama pengundi tasek gelugor dan terus berkhidmat

Kita seharusnya berbangga bahawa dalam menghadapi tsunami politik PRU 12. Parlimen Tasek Gelugor berjaya kekalkan 100% kemenangan kepada BN. Kekuatan kita adalah diri kita sendiri yang bekerjasama berjuang untuk memastikan calon2 kita menang tidak kira mereka bukan pilihan ramai. Yang paling penting adalah kemenangan untuk parti. Hari ini dengan cabaran yang lebih besar. Media baru yang main peranan dan persepsi generasi muda yang lebih liberal maka sudah tentu persiapan di peringkat TG harus berlipat lipat kali ganda apatah lagi YAB PM sudahpun memalu semboyan. Persoalan yg paling utama adakah pimpinan BN peringkat Tasek Gelugor sudah bersedia bersama2 YAB PM menempuhi PRU 13 yang getir itu nanti."

pssssssssssssssss, Parlimen P042 akan bergegar lagi..!!!!! , 

4 comments:

Anonymous said...

Arab, ni aku petik dari blog mesin taip buruk:
Sharif ada kata macam ni: "Cuma beliau berharap Najib memberi peluang kepada beliau bertanding semula di Tasek Gelugor sebagai memenuhi tuntutan janji Pak Lah Badawi dahulu yang meminjam kerusi Parlimen berkenaan kepada Nor Mohamad Yaacop untuk satu penggal sahaja"

Dan aku diberitahu oleh seorang rakan nun di Pulau Pinang yang bahagian Tasik Gelugor tidak menyenaraikan nama Shariff sebagai bakal calon BN di Parlimen berkenaan tetapi para pengundi di kawasan tersebut memang berharap Shariff untuk kembali menjadi wakil rakyat mereka.

Khabarnya juga jika Shariff tidak diletakkan sebagai calon, ada kemungkinan BN bakal kehilangan kerusi di Tasek Gelugor. Uik... Betul ke? Kalau betul BN Pulau Pinang khususnya UMNO negeri kenalah buat sesuatu.

BETOI JUGAK YG SHARIF KATA NI, AKU MASIH INGAT MAS ATAHUN 2008; ORG DIA KATA; TAN SRI AMBIK SEPENGGAL SAHAJA, LEPAIH TU HANGPA AMBIK LA BALIK; TAPI LA NI DAH LAIN PULAK KATA PM

Anonymous said...

Ni pulak dari sharpshooter:
Dua hari lalu ketika sharpshooter ziarah Pak Njang Othman di ICU KPJ Perda Bukit Mertajam, tiba-tiba bertemu mantan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Mohd Shariff Omar yang juga pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri P.Pinang.

Beliau bercerita tentang beberapa pimpinan PAS telah menemuinya dan menawarkan untuk bertanding di Parlimen Tasek Glugor atas tiket PAS.

Lalu Sharpshooter bertanya "Dato' setujukah? " Beliau menjawab sedang berfikir dan akan pertimbangkan.

Pada 2008, beliau tidak dipilih mempertahankan kerusi parlimen Tasek Glugor dalam pilihanraya umum 8 Mac 2008, beliau juga pernah menafikan desas-desus yang beliau akan menyertai PKR.

Beliau juga tidak dipilih mempertahankan kerusinya untuk memberi laluan kepada menteri kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding di situ.

Shariff telah berkhidmat di kawasan berkenaan selama 26 tahun - tiga penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan tiga penggal sebagai ahli parlimen.

Katanya lagi beliau juga rasa kesal dengan apa yang berlaku pd MP Tasek Glugor sekarang terutamanya kes Pembantunya Hasbi yang ditangkap oleh SPRM kerana memiliki wang tunai hampir 2 juta. Rakyat tahu duit siapa dan rakyat ketawa bila baca tuduhan yang dibuat di Mahkamah.

Unknown said...

Apa2 pun, kita pilih calon yg paling layak & paling winnable.

RAJA NONG CHIK GUNA PENGARUH DALAM UMNO UNTUK BAGI KONTRAK KEPADA ANAK SENDIRI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails