seorang pemimpin yang telah lama tidak didendangkan, bak kata orang tua, harimau tidur jangan di ganggu. tapi arab sengaja nak cuit sikit harimau ini, arab bertanya sendiri kepada Dato Sri Shariff Hj Omar tentang BERSIH, dan ini lah jawapannya.
arab nak komen: tahniah dan hebat komen seorang pemimpin lama yang masih bertaring, semangat juang yang tinggi. tajuk di atas itu sengaja nak bagi PANAS.Dalam kita meniup semangat ke medan perjuangan, terkadang kita mungkin terlupa dan terleka bahawa bumi Malaysia sudah berdiri 55 tahun lamanya.Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap warganegara Malaysia punya hak masing2 tidak kira hak individu, hak bangsa, hak beragama mahupun hak berhimpun yang ingin sama sama kita diperjuangkan. Namun, dalam kita bersemangat menegakkan hak masing2, jangan sesekali kita terlupa bahawa Malaysia sebagai sebuah negara juga punya HAK untuk ia terus berdiri 100 tahun lagi sebagai sebuah negara bangsa yang harmoni, bertoleransi, bertamadun dan berdaulat!.Perhalusi iltizam pejuang kemerdekaan terdahulu yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara untuk semua bangsa. Apa yang diinginkan oleh bapa bapa kemerdekaan kita adalah bangsa Malaysia yang hidup harmoni, berbilang latar belakang dan kepercayaan, bertoleransi antara satu sama lain dan berintegriti.Dari itu perbetulkanlah niat dan keikhlasan kita dalam menuntut perjuangan hak masing2. Jangan sesekali menidakkan HAK bumi Malaysia. Semoga rasional dan akal budi menguasai jiwa, jgn sesekali biarkan emosi mencetus gelora di dada. Kerana apa jua yang ingin kita perjuangkan semalam, hari ini mahupun hari esok adalah kerana tanahair kita Malaysia yang tercinta demi anak bangsa, demi generasi Malaysia akan datang. Semoga Tuhan bersama kalian.
psssssssssssssssssssssssss: dengar kata dato sri nak kembali dalam arena politik ????? betul ke nie !!!!
0 comments:
Post a Comment